Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Thursday, May 24, 2012

Langkawi #1: Day 1

Hi peeps, Shu excited sangat nak blog on our 1st vacation ever. Maklumlah, tak pernah tau gi bercuti lama2. Lagipun lepas nikah, tak pergi honeymoon pun. Tup tup... lepas sebulan wedding ceremony, Shu dah preggy. Bila dah preggy, tentu2 avoid la perjalanan jauh. 1st pregnancy, kenelah jaga kan. Bila dah bersalin, lain pulak yang dijaga, baby kecik lagi, tak berani nak bawak jalan jauh. Lagi pun Shu tak gemar nak bawak baby kat tempat public. Baby ni kan antibody lemah, tu pun nak kene jaga. Jadi, selama tempoh itu, Shu pendamkan aje niat untuk bercuti2 nih sehingga lah Saqlain sudah berumur 1 tahun. Kerana mu, mama tabahkan hati mama ni tau. 

Elok gak lah pergi bercuti ni sebagai refreshment sebelum join company baru. Kebetulan pulak tarikh percutian ni, sebelum join company baru.

Haihhh laaaaa... panjang benau mukadimah sebelum nak masuk citer bercuti ni kan? tengah ada mood nak bercerita, baik cerita aje. Sebelum cerita Langkawi ni membasi, baik citer je ape saje. Banyak nak citer ni... ntah larat ke idak nak citer percutian 4 hari 3 malam ni.

First time tau I naik flight ni. Umur dah cecah 28 tahun baru nak merasa. Saqlain baru setahun dah pun merasa naik kapal terbang.

Anyway, perjalanan pergi kitaorang ditaja oleh penerbangan tambang murah Air Asia. Gigih tau nak dapatkan tiket zero fare tahun lepas. Tapi tambang pergi jelah. 

Ini budak kan, very the noty... masa dalam kapal terbang. Bukan setakat kitaorang je yang dia kacau, orang depan pun dia kacau gak

Flight kitaorang pukul 5.40 pm. Lewatkan? tapi... dah time tu je yang ada zero fare, grab aje lah. Makanya....., sampai Langkawi pun, hari dah nak gelap. 

Sampai je kat airport, terus serbu kaunter sewa kete. Kitaorang tak tempah awal2, sebab orang advice pergi kat kaunter terus, boleh dapat lagi murah dan senang nak tawar. Pada mulanya, kitaorang bajet nak sewa kete murah2 je, bajet sikit, asal boleh gerak sudah. Ada member baru je pergi boleh dapat sewa Myvi  RM60 sehari. OK la kan tu. Tapi that day, kitaorang mintak myvi, tak dapat, sebab tak de. Then, the brother offer Nissan March, RM80 sehari, according to that brother, Nissan March ni biasanya diaorang sewakan RM240 sehari. Tapi untuk kitaorang, brother tu bagi RM240 untuk 4 hari sepanjang kitaorang berada di Langkawi.  Tapi still kitaorang mintak kete myvi, sebab nak lagi murah la kan. Brother tu cakap lagi, kalau ada myvi pun, diaorang akan charge RM100 sehari. Mak oiiiii.... lagi mahal... Mr. Hubby, seboleh2nya nak sewa kete yang paling murah. Negotiate punya negotiate, dapat la Nissan March RM220 untuk 3 hari. Deal!

Dah dapat kete, terus menuju ke tampat penginapan yang sudah dibooking awal2, Mali Perdana Resort kat Pantai Cenang. Pasal resort ni, Shu citer kemudian ye... Malam tu kitaorang cuma kuar jalan2 cari tempat untuk dinner. Lapar sangat2. Lunch cuma makan bekalan bihun yang digoreng oleh emak tercinta. Tu pun makan lepas check in flight. 

Kitaorang dinner kat D'grill kat Sandy beach resort. Saje nak feeling2 candle light dinner di tepi pantai. Feeling la sangat, dah kalau ada budak kenit sorang ni yang buat ragam malam tu (letih kot....). Kitaorang makan pun laju2. Food rate, Ok la, not bad. Ada local and western food. Shu order burger, for a good presentation and taste, it was cheap, I like it. But Mr. Hubby was not happy with his Nasi goreng Ayam. Ayam goreng ada bau, not fresh anymore. Food delivery was OK, tapi cash balance delivery was very slow. Tunggu punya tunggu, lama tau tunggu waiter nak pulangkan duit baki. Saqlain plak dah meragam dan dah tak makan pujuk, kitaorang blah je, sampai terlupa nak mintak duit baki kat waiter.

Bila letak kat stroller, Ok la pulak. Actually Mali Perdana Resort dan Sandy Beach resort agak jauh dan kitaorang tak drive malam tu. Memang kitaorang nak menapak menyusuri jalan Cenang. Quite happening over here waktu malam2. Banyak kedai jualan cenderahati, baju2. Tapi tak beli pun, tengok2 aje, masih awal lagi untuk memulakan aktiviti bershopping. 

Budak yang kepenatan. 

Sorry, tak de ape2 gambar untuk aktiviti malam tu. Yang ada cuma gambar budak debap kat atas ni yang tertido masa on the way balik resort. Masuk bilik, kitaorang terus pengsan.

Saqlain dan baba main ombak
The next day bangun bagi, Mr. Hubby terus bawak Saqlain pergi pantai.

Saqlain tarik tangan baba pergi ke arah ombak

Saqlain berjalan di pantai for the first time

Mama Saqlain yang tak nak ketinggalan berposing di tepi pantai

I love this picture, the sun was just behind me

Ombak datang memukul Saqlain. Let him experience it.

Misi menyelamatkan sebelum menangis

Bapak mengajar anak main baling batu

Nice one! Saqlain was looking at the camera with a smile

Dah puas bermain ombak ditepi pantai, baru la nak naik kebilik bagi meneruskan agenda hari ke-2 di langkawi. 

To be continued...


7 comments:

  1. wawwawawa...syoknye....aku pun tgh menyusun strategi nk ajak hubby gi holiday ni...hahaha

    ReplyDelete
  2. wah bestnye! saya pon nak menyusul g langkawi next month. anyhow, ada ke bpump murah kt duty free zon? huhu

    ReplyDelete
  3. syoknya... x sabar tggu 'Auf besar.. leh jenjalan...

    ReplyDelete
  4. Dahlia, sesekali bercuti memang sangat seronok. Ni pun dah lama plan tau. Ko plan je, buat bajet pastu discuss la ngan hubby. Bukan selalu kan...

    Amirah , Memang best, unfortunately tak nampak plak bp dijual kat duty free zon. Kalau chocolate dan pinggan mangkuk banyak la :)

    ReplyDelete
  5. Ain, tak lama je lagi tu. for the time being plan dulu. Shu sebelum ni pun menghitung hari nak tunggu saqlain sampai setahun.

    ReplyDelete
  6. yeah...shu kat langkawi. aku pun nk gi nnti. tiket dh book. aku refer kt sini la nnti k..tulis banyak2 lg ye shu.

    ReplyDelete
  7. Atie, aku bukan kat Langkawi, tapi dah g Langkawi.hihihihih
    Selamat bercuti. sangat best tau, tapi aku tak redah semua tempat. Tinggal untuk future visit. Insyaallah...

    ReplyDelete