Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Friday, May 25, 2012

Langkawi #2: Makam Mahsuri

Hari ke-2 keluar je dari resort, terus cari tempat makan dulu. Konon2 nak makan breakfast citarasa tempatan, tapi keluar pun dah nak tengah hari, mesti kebanyakan kedai melayu dah tukar menu kepada hidangan tengah hari. Lagipun, dinner malam tadi Mr. Hubby makan tak banyak. Jadi kene la cari makanan yang boleh satisfy perut Mr hubby. The best choice kene la cari kedai mamak. Makanya kitaorang terjah Restoran Nasi Kandar Tomato. Tapi tak makan nasi tomato pun but of course kene makan heavy meal, pastu baru boleh concentrate dengan agenda seterusnya.

As Mr. Hubby wish, lepas makan kitaorang menuju ke Makam Mahsuri.Entrance fee RM5 untuk warganegara Malaysia. Untuk foreigner tak check plak berapa, tapi Shu rasa lebih kot. But since Shu yang pergi beli tiket, terus je hulur duit 10 hengget, then the counter girl hulur 2 keping tiket. Ihiks, ngelat...

Di hadapan pintu gerbang Kota Mahsuri. Saqlain's sleeping time
Melangkah masuk je ke perkarangan kota Mahsuri, akan kedengaran muzik tradisional caklempong. Memang diaorang mainkan live. Ada amaran jangan sentuh di situ. So... don't touch... dengar je sudah.

At Caklempong area.

By the way, that was my second visit to Langkawi and first time for Mr. hubby. Dulu pergi time cuti semester 1 dengan kawan2 dan pernah lawat Makam mahsuri ni. But this time visit... "Ek eh, kenapa macam lain je Makam Mahsuri ni?". I still remember that, during my 1st visit in  year 2001, rupa makam mahsuri adalah seperti kat bawah ni.

As what I've seen 11 years ago
Gambar ihsan Google
Ingat lagi, masa tu ada 2 kubur kat situ. 1 kubur yang cantik disimenkan (seperti gambar di atas) dan 1 lagi kubur cuma bertandakan 2 batu nisan (seperti gambar di bawah). Masih ingat lagi, ketika hendak mendoakan Mahsuri, kami yang sedang mengadap makan yang cantik telah telah menegur kami. Menurutnya, kubur yang cantik itu, bukan lah makam Mahsuri, Itu hanyalah replika. Tambah pakcik tu lagi, makam yang cantik itu untuk mengaburi mata2 orang yang berniat songsang dan mengamalkan unsur2 khurafat. Lepas tu, pakcik tu tunjukkan makam sebenar Mahsuri yang terletak di sebelahnya.

Makam Mahsuri
Persoalannya, mana pergi kubur yang cantik tu? Itulah persoalan yang berlegar dalam otak Shu sepanjang keberadaan disitu. Sebelum keluar dari kota Mahsuri, sempat lagi tanya pada staff kat situ, bertanyakan mana hilangnya kubur yang lagi satu?. Diaorang cakap, ada 2 kubur kat situ. Tapi Shu nampak ada satu je. Sejak bila perubahan ni berlaku?????

Lepas sudah hajat Mr. Hubby nak lawat makam Mahsuri.

Kat telaga Mahsuri berlatar belakangkan hamparan sawah padi
Kat dalam kota Mahsuri bukan hanya ada makam Mahsuri semata2, banyak lagi benda yang ada kat situ seperti perkampungan kedah (macam tu kot namanya). Kat situ ada macam2 jenis rumah tradisional melayu. Ada rumah kosong dan ada juga diconvert as muzium. Dipercayai, salah satu rumah disitu merupakan rumah kediaman Mahsuri, but i'm not sure which one. Shu tak explore sangat area situ. Biar Mr. hubby masuk setiap rumah tu while I took care of my baby yang sedang lena tido.

Teratak Seri Tama

Kat bawah rumah ni ada peralatan traditional orang dulu2 memproses padi secara tradisional and I.... buat gaya aje

Di dalam teratak ni pulak ada jual souvenir 

Teratak Indra Mambang Segara (TIMS)
Kat TIMS ni terdapatnya episod2 terpilih daripada kehidupan yang dilalui oleh Mahsuri yang diolah secara diorama. There has a rostrum at in front of each diorama but no explanation was written on it. So, when you look at the diorama, just agak2 je la on what it is presenting of.

Diorama terakhir tapi macam something is missing there... 
Tengok daripada gambarannya scene diatas, itu adalah scene Mahsuri sedang menyerahkan anaknya sebelum hukuman dijatuhkan ke atasnya, tapi bayinya tiada. I guess so...

Lepas keluar dari TIMS, kat sebelahnya ada mini zoo, kitaorang lalu je la. Time Shu baru nak masuk situ, ada seekor merak sedang membuka kepaknya, It was so beautiful. Tapi tak sempat nak snap gambar, burung merak tu dah tutup semula kepaknya. 

Tengok tu, kitaorang dah habis jelajah Kota Mahsuri pun, my baby still sleeping
Sebelum exit Kota Mahsuri terdapatnya galeri kecil yang memaparkan penceritaan sejarah Mahsuri melalui lukisan. Haaa... kat sini ada story details versi bahasa inggeris dan melayu. Huhhhhh...for me penting tau sarikata versi English kalau lawat tempat2 macam ni, nanti berbelit pulak lidah Shu nak explain kat Mr. Hubby. Aduyaiiii

Lebih kurang 1 setengah jam kitaorang menerokai Kota Mahsuri. Selepas melawat dan mengetahui sejarah Mahsuri, Mr.Hubby asyik cakap.... "Hai hai hai... kesiannn Mahsuri". Terkesima sekejap masa mula2 dengar dia cakap macam tu. Aih.. menghayati sungguh suamiku sejarah Bumi langkawi ni. Terharu Shu.

Hamparan sawah padi sebelah Kota Mahsuri
Menyusuri keluar dari Kota Mahsuri, kelihatan sawah padi terbentang luas kehijau2an. Sungguh menyamankan.

To be continued with our next destination --> Langkawi Cable car


4 comments:

  1. bestnya baca hasil tulisan ko...terperinci. rindu aku nk tulis panjang2 gini. tp, masa tak mengizinkan.... :(

    waiting for your next entry.

    ReplyDelete
  2. Thanks atie, aku pun amik masa gak menulis ni, gagahkan jugak la untuk tatapan masa hadapan. Insyaallah.

    ReplyDelete
  3. wah bestnya g jln2....last year lps balik dr SA pun fiza g jln2 langkawi jugak :) makam mahsuri pun was one of the place yg pegi...tp tulah bab kubur tu cam musykil kan....ada jugak yg kata kubur asal kt tmpt lain, wallahualam...

    ReplyDelete
  4. @Fiza, mesti la best gi jalan2. That's why.... sampai sekarang shu musykil lagi pasal kubur mahsuri ni.

    ReplyDelete