Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, October 19, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 2

* Awas!!!! long entry and photos overloaded =)

Mulanya hari ke-2 Shu di Bandung dengan ketukan pintu dari Nurul, masuk-masuk bilik membebel2, "stress! stress! kenape pukul 5.30 pagi sini dah macam pukul 7 pagi kat Malaysia?" Shu terus meloncat dari katil selak langsir... "Wow! terangnye pukul 5.30 pagi, jalan pun dah sibuk." Terus terfikir diaorang ni masuk keje pukul brape eh? start sekolah pukul berapa kalau dah terang macam ni. Pukul brape pulak diaorg bangun? hahahahaha...

View dari tingkap bilik Shu lebih kurang 6 pagi waktu Indonesia

Hari ke-2 plan ke area Selatan Bandung dan semestinya ke Kawah Putih. Firstly nak highlight pasal service Supir yang kitaorang hire ni, jika nak ke Kawah putih ni jarak perjalanannya jauh sedikit, ke luar bandar, so kene top up extra 50000Rp daripada upah yang biasa. Begitu jugak kalo nak ke Tangkuban Perahu, tapi kitaorang tak pergi, entry fees untuk foreigner mahal, bajet limited.

Janji pukul 7.30 nak pick up, pukul 7 dah sampai. lekas2 kitaorang turun, nasib siap dah. Hari ni kete lain plak, lagi besar, lagi selesa.

Firstly kitaorg minta cari tempat breakfast dulu, nak makan local food. Tapi on the way tu, Agus singgah kedai kerepek ambil sample buat rasa nanti boleh la beli buat ole2. Ada beberapa jenis jajan yang diambil, semua pun sedap2 tapi yang paling Shu suka Pisang cheese & kerepek tempe. Ni wajib beli nanti. Nasib baik ada sample kerepek ni buat alas perut sementara nak makan proper breakfast.

Bercakap mengenai street food, berdasarkan pembacaan Shu melalui blog2, ramai yang tak recommend untuk makan di tepi2 jalan. Tapi memandangkan kitaorang tak mahu melengah2kan masa, maka cari la tempat makan sejalan ke arah Ciwidey. Let's give a try. Agus berhenti kat satu gerai tepi jalan, ada la meja untuk kitaorg duduk makan. Kak Nor & Alang masih nak mencari kasut, walaupun diaorg dah beli kasut kat Pasar Baru semalam, tak selesa katenye, kebetulan belakang gerai ada kedai kasut, diaorg pergi cari kasut dulu. Shu & Nurul dah lapo, kitaorg makan dulu lah ye.

Kasi snap dulu sebelum makan

View melalui tempat duduk Shu

Shu order nasi kuning which is antara menu sarapan yang terjual di sini. Bubur pun ada. lepas order kami masing2 jamukan dengan segelas air teh tawar. Kira air ni pakej sekali dengan makan yang kita order, boleh refill. Nurul dah mula mencebik, rasanya macam dah tak sanggup nak telan teh tawar ni lagi. Mana taknye, kalo kat Malaysia asalkan breakfast kat kedai mamak, mesti order teh ais kan. Sekali datang sini, asik minum teh tawar panas je. Patut la pun orang2 kat sini badan comey2...

Nasi Kuning
Nasi kuning memang kuning la warna nasinya, katanya Agus masak bersama santan, tapi tak terasa sangat rasa santannya. Kira kalo kat Malaysia ala2 Nasi Lemak la, tapi Nasi Kuning ni dihidangkan bersama dengan sambal, tempe, suhun, hirisan telur dadar dan daun kemangi. Patut makan dengan keropok, tapi kakak gerai tu tak letak keropok kat pinggan kitaorg pun, tong keropok ade je kat sebelah kitaorang ni. Dah separuh habis pun nasinye, baru Agus kasi tau kitaorg, makan nasi ni dengan keropok. Kitaorg mampu respond Ooooo  je la dan capai keropk dalam balang kat tepi kitaorg je. Mana la tau kan... Sedap nasinya, licin kitaorang makan except daun kemangi je yang tinggal. Bak kata Kak Nor, ingat untu deco. 

Aneka gorengan - Tahu berinti, tempe goreng --> ENAK
Selain tu ada gak aneka gorengan. Shu nampak tahu tu baru goreng panas2. Amik 4 biji untuk seorang satu. Kalo orang tempatan, makan gorengan ni dengan cili padi. Ada mamat yg makan dekat ngan kitaorg gigit cili padi macam tu je, tergamam Shu ngan Nurul nengoknye. Pastu ada juga seorang gadis ni beli gorengan amik segenggam cili padi, terbeliak lagi mata kitaorg, perghhhh giler kebal lidah orang2 sini. Ku tak sanggup!. Tergelak pompuan tu tgk reaksi kitaorg. So, total breakfast 43,000 Rp termasuk gorengan Tahu, each item 10k je. Murah & sedap.

KAWAH PUTIH, Ciwidey

Settle makan, terus menuju ke next destinasi. Jauh lagi, dah la aircond dok kat sebelah je ni. Baru rasa nak lelapkan mata, Agus cakap rugi tido, nanti terlepas pemandangannye... Aiyaaa tak jadi nak tdo.
Nampak... kan aircond kat sebelah je tu, ni seat paling belakang tau

Sungguh, lepas keluar dari hiruk pikuk kota, kitaorang menyulusuri jalan yang berbukit bukau, sawah padi, kawasan perkebunan yang enak mata memandang. Nasib tak tido, sorry no photos sebab tak sempat nak snap, biar la mata yang menjadi saksi akan keindahan ciptaanNya. Bila nak dekat2 sampai area Kawah putih tu, lagi lah MashaAllah... dingin udaranya, Agus bukakan tingkap, memang menusuk kesejukannye, terus off aircond. Natural aircond kat luar lagi syok. Tapi Shu duduk kat belakang sekali, tingkap tak leh bukak. Rase la tempiasnye sipi2. Lebih kurang 2 jam, sampai lah kitaorang kat kaki kawah putih.


Sampai kat entrance kawah putih, Agus berhenti bayarkan tiket dan charge bawa naik mobil ke atas. 
  • Tiket masuk = 50000Rp / pax
  • Mobil = 150000 Rp
Kalau tak nak bawak kete parking kat atas, boleh naik Angkutan dengan bayaran 35000Rp/pax. Tapi kalau datang beramai2, bawak je la kete naik atas, lagi selesa. Tak yah nak adventure sangat la, kalo muda lagi tak pe, tapi kalau bawak org berumur, bawa naik kete kat atas sebab jalan nak naik atas tu, boleh tahan berliku2 ye. MySIL siap pura2 tdo tutup muka sebab tak tahan, sampai atas terus pusing kepalanya.

Angkutan Ontang-Anting

Sementara tu, kitaorg serbu toilet. Perghhh sejuk giler airnye. Sape yg ada kampung, ni mungkin perkara biasa, tapi untuk org bandar macam Shu ini luar biasa okayyy hahahaha... kat sini turun je kete dah kene serbu dengan para peniaga. Bertabah la dan keraskan hati kerana mereka2 akan sentiasa follow tapi kitaorg tak layan, abaikan je.

Kitaorang dah siap2 standby mask untuk kurangkan bau sulfur menusuk kedalam hidung, tapi Shu tak pakai sangat pun, buat abaikan aje bau tu. Bila dapat je melihat kawah putih dengan mata sendiri, memang terpegun dan sungguh menakjubkan. MashaAllah... cantik sangat. Seterusnya, let the photos speak the beauty.
 








Masa turun tu agak panas tapi dah mulai tunjuk tanda2 nak hujan, memang betul hujan pun, wap mulai naik, bau makin kuat. Kitaorang naik semula ke kereta tunggu sampai hujan berhenti. Sekejap je pun hujannye. Pastu plan nak turun balik. Mana boleh sekejapan je, tak puas!


Second round, Shu ngan Nurul je yang turun. Kakak2 berdua dah tak larat. Kitaorang nak berfotogedik. MashaAllah... kali ni turun,lagi cantik, lagi sejuk, terpesona la haiiii.. macam fairy tale plak. Frankly speaking, Shu memang dah terpaku dan terus berfotogedik, kalau boleh nak capture gambar disetiap pelusuk kawah putih tu.








Nak tau betapa lamanya kitaorang berdua bertapa berfoto gedik kat situ... sampai Agus turun panggil kitaorang naik... hihihii
Sebelum naik dia kene amik gambo kitaorang berdua plak, sebab gamba sebelum ni 1 by 1 je ;)



Perkebunan Teh Rancabali, Ciwidey

Next, ke perkebunan teh plak, another pit stop yang cantik untuk berfoto gedik. kat tepi jalan je. Again, tak mo citer banyak, let the photos tell you everything.



Kalau Agus yang disuruh ambilkan gambar, beginilah jadinya. Dia terus snap lagi dan lagi. Dah tak tau nak gaya macam mana lagi dah.





Lepas lawat Ladang Teh, sepatutnya nak pergi kebun petik Strawberry. Tapi tengok keadaan kebun macam tak berbuah je. Suruh Agus tolong checkkan kalau2 keadaan kebun masih banyak buah untuk dipetik. Seperti yang dijangkakan, buah2 yang muda2 je kebanyakannya, tak ready untuk dipetik. Boleh jadi semalam hari Ahad, ramai orang dah petik.

Lunch @ Saung Andir

Kat sini boleh pilih nak duduk kat atas atau bawah. Atas atau bawah, seingat Shu semuanya bersila. Walaupun penat, kitaorang pilih duduk kat atas, agak tinggi gak naik tangga dan tangganya agak curam. Tapi, kalo baring2, orang tak nampak.

Sementara nak tunggu makanan sampai, ada Tauhu goreng beli pagi tadi, makan dulu buat appetizer.



Menu famous kat sini Ayam Goreng Brengsek. Agus dah pesan siap, kalau order menu ni, cukup untuk 4 orang makan. Tapi tu kate dia, since tau ayam kat Bandung ni bukannye gemok2 macam kat Malaysia, kitaorang tambah lagi Ikan Gurame Gledek, telur dadar dan sup kosong. Ikan Gurame Gledek ni walaupun kitaorang request kurang pedas, tapi rasanya tetap pedas giler, Shu yang hantu sambal ni pun tak leh nak masuk. Sudahnye, sebelum makan, kita kasi lap2 dulu sambal2 kat ikan tu, baru ngap.


Total damage untuk 4 orang, approximately RM100+



Rumah Kain Jalan Kopo

Actually ada salah faham sikit masa kat sini. Agus ada recommend kedai kain yang lain, tapi since Rumah Kain Jalan Kopo ni kan dah femes as mostly blogger2 recommend tempat ni, so nak la singgah tengok2. On the way ke sini, Shu tido dalam kete, tapi mmg ingat Agus nak bawak ke rumah kain Jalan Kopo dulu, then baru bawak ke kedai kain yg dia nak recommend.

Masa turun kete mmg dah set, ini kedai Kain Jalan Kopo. Tapi mulut ni masih nak tanye, mana kedai yg Agus nak recommend tu? my SIL pun pergi la ke Agus tanye. Timing tanye tak betul kiranya, time nak tanye tu, ada staff kedai kat situ gak, jadi... Agus pun mengiyakan je bila tanya ni ke kilang kain yang dia nak bawa tu. Ape lagi, Shu pun malas nak fikir2, mana2 kain sulam yang berkenan, amik masuk bakul sekali dengan kain telekung dan kain Cotton. Kedainya tak besar mana pun, tapi mampu mengeringkan poket ni.

Dari segi harga, boleh tahan murah la, kira mampu milik, ada macam2 variant harga depend pada kualiti dan jenis textile. Hot item kat sini, kain pasang sulam & kain telekong. Kain cotton pun ada tapi tak banyak pilihan.

Settle, masuk dalam kete Agus bilang dia iyakan aje tadi sebab ada staff kedai dengan dia, jadi tak manis la kalau kacau business orang. Kalau kakak2 nak beli, silakan aja. Owhhh damn.. bukan rupenye. Acaner nak shopping lagi ni, dah kering dah ni.. hahahaha

Barangan Kulit @ Jalan Cibaduyut

Masuk ke kawasan parking, masing2 macam kene histeria hanya kerana bag2 yang dipamerkan. Terlalu banyak pilihan. Mampu tengok je, kering dah masa sampai sini. Bermula lah episode cuci2 mata ajo.


Tapi dapat gak la belikan tali pinggang kulit untuk Mr. Hubby buat ole2.



Kedai Textile @ D'Fashion

Finally... dapat gak lace yang berkenan dia mata. Sape2 yang datang nak hunting for kain untuk wedding  event, baju nikah, sedondon keluarga, bridesmaid and so whatever, datang je la kat sini. Pilihan untuk kain lace je ada 2 tingkat. Memang rambang mata, kitaorang yang tak plan nak berlace pun terjebak.


Sampai sini, menyesal beli kain cotton tadi. Sebab... kat sini lagi banyak pilihan dan macam2 jenis kain cotton. Tapi nak buat macam mana, mampu tengok je la.


Kalau nak bertapa kat sini lama2 pun, tak de masalah, Sofa empuk dimana2. Kerusi massage ada, minuman pun disediakan, boleh pilih lagi tu. Staff sangat membantu kita untuk memilih material yang kite nak, peramah dan peyabar.






Dinner - Takeaway KFC

KFC ni Nurul yang nak sangat makan, Walaupun Shu cakap, "Deiiii!!! KFC kat Malaysia pun ada la...", tapi katenye meal setnye lain. Fine, dia nak belanja, kitaorang OK je. 



One thing yang Shu nak highlight pasal takeaway drink kat KFC di Indonesia ni, minumannya dibungkus dengan begitu rapi secara berasingan agar tidak tumpah. Interesting :)



Wednesday, October 12, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 1

For the first time ever, Shu fly ke negara orang, wajib lah kan merakam detik-detik manis sepanjang percutian ini. Dah lama sebenarnya niat dihati nak bercuti di Bandung ni, tapi disebabkan Shu pernah cakap, tak mau fly mana2 selagi tak balik Pakistan (Kampung Hubby). Makanya, impian untuk travel terpaksa diketepikan dahulu. Namun, sebabkan sampai saat ini, masih belum ada rezeki nak balik, putus harapan pun ada. Tipulah kalau cakap diri ni tak jealous tatkala bila melihat kawan2 lain pergi bercuti. Tapi apakan daya Shu pendamkan je. Tapi lama kelamaan, Shu tak leh pendam lagi. Orang lain dah sampai merata dah oi... ko masih nak dok diam lagi ke??? haaa lebih kurang gitu lah hati Shu menjerit. I really need to go somewhere, gain the experience, treat myself for the hard work I've done. Finally, I initiated this plan with my sisters (4 of us) a year ago.

Sebenarnye, sebulan dua sebelum nak sampai hari kejadian ke Bandung ni, ada cabaran besar yang menimpa Shu, hampir2 tak pergi dibuatnye, tapi Alhamdulillah... berjaya menyelesaikannya. Pasal tu, tengok keadaan nanti-nanti lah Shu cerita.

Antara mereka2 yang berkampung kat airport menemankan kami



Percutian di Bandung ni adalah selama 5 hari 4 malam. Flight AK416 berlepas pada 18 September 2016, Ahad pukul 6.50 pagi. 

Walaupun hujan lebat semasa berlepas di KLIA2, flight still on schedule dan selamat tiba di bandung lebih kurang pukul 8.05 pg waktu tempatan(9.05 pg MYT).

Ketibaan di Bandara Husein Sastranegara

Sampai di Airport Bandung, OK nak bagi tau, airport Bandung dah baru ye. So, gambaran2 blogger2 yang dah pergi ke Bandung sebelum ni, Shu tak nampak kali ni. cumanya, masa nak cop passport tu, lama sikit kene beratur, ramai nau orang luar nak masuk.


Masa nak pick up luggage ni yang tak best. Habis lencun beg Shu keseluruhannya. Shu bawak 2 luggage, yang berat bawak masuk cabin, yg ringan (which i consider almost empty bag) checked-in. Reason why, Shu beli luggage 20kg je untuk pergi ni which cover for 4 pax. Untuk masuk cabin kan boleh bawak masuk 7kg. So, pakaian Shu semua letak dalam bag 20". Nasib baik pakaian Shu semuanya dalam bag bawak masuk cabin. Kalo tak satu kerja pulak nak keringkan baju2 tu. Tapi dalam bag yg basah tu ada gak barang2 macam towel muka, inner wear, semua ni lencun sampai boleh perah keluarla sebotol air. Pasrah je lah, nasib tak banyak barang dalam tu.

Airport Bandung ni tak la sebesar KLIA2, so tak jauh la nak berjalan ke pick up point. Sampai je kat pick up point, nampak warga tempatan memegang kertas A4 dengan nama NOR AZILAH (kakak ipar Shu). Terus kitaorg assume tu adalah supir yang telah kak Nor tempah dan menuju kepadanya. Kami disambut dengan baik, diangkatnye luggage kitaorg ikut mana2 yang dia mampu. Supir kami Agus namanya.

Cakap pasal Supir ni, from the previous conversation, my SIL has booked for Suzuki APV maroon color. But what we got was something else. According to Agus, all cars are fully occupied. In fact, kereta yang dibawanya pada hari pertama itu, adalah kereta personal bosnya. Ok fine, as long as it can fit all of us and our luggage. 

Breakfast @ KAMPIUN BISTRO

Firstly, kitaorg minta Agus bawak kitaorg pergi breakfast. Ditanya terlebih dahulu di mana kami mau makan. Since kitaorg tak de idea nak makan kat mana, Agus simply bawa kitaorg ke cafe bistro ni, which kitaorg rasa harganya tak berapa patut. Mana taknye, segelas ice lemon tea cost about 27.500 Rp. Lagipun, tak banyak pilihan untuk breakfast. Keinginan nak makan local food, tapi ape tu local food tu pun, belum ada gambarannye lagi. So, Shu simply ordered Roti canai cheese, tapi tak de plak. So finally I just had my breakfast with cafe latte with price 27.000Rp even cheaper than the ice lemon tea though. Nasib ada Wifi free. Masing2 ngadap phone update orang2 Malaysia yg kitaorg dah sampai.



Indon Simcard - simPATI

On the way nak breakfast tu, dah request siap2 dari Agus nak beli simkad. So, masa kat cafe, Agus datang bawa 4 pilihan simkad. Kitaorang nak beli 2 je, dah plan awal Shu & Nurul je yg beli, pastu hotspot je la, share2. Dah pilih, terus pasang dan boleh guna terus. Tapi Nurul punye phone tak leh fit plak ngan simkad tu, dia guna Samsung J7. So, kene gi kedai suruh org kedai tu masukkan, tapi tak sesuai gak. Kene cari simkad lain, lewat petang baru dapat tapi lain company la, mahal sikit, lagi besar datanya.


Beli simkad Indo lagi jauh lebih jimat berbanding roaming. Penting untuk ada line untuk pelbagai tujuan tidak kira emergency case, berhubung dengan keluarga di Malaysia, berhubung dengan supir atau live update di social media. At least dalam group mesti ada sorang dua yang ada nombor Indon.

PASAR BARU

Lepas breakfast, as per plan, kitaorg menuju ke Pasar Baru. Sampai Pasar Baru, Agus handover kitaorg kat Abah plak. Menurut Agus, dia tak tahu selok belok Pasar Baru, So dia suruh kitaorg follow Abah dan Abah akan guide kitaorg based on item yang kitaorg nak cari. Bagus Abah ni, banyak bagi tips untuk berurusan dengan peniaga2 Pasar Baru, berapa harga terbaik untuk kitaorg deal untuk sesuatu barang tu, recommend kedai mana yang patut diterjah. Bukan takat tu, dia yang akan bawakan semua hasil belian kitaorang, lepas beli terus diambilnya barang2 belian tu dari tangan kitaorg, tak bagi kitaorg pegang. Bukan itu sahaja, dia akan pastikan kitaorang sentiasa ada depan matanya, sorang hilang dari pandangan matanya, cepat2 dia cari.

Main agenda kat sini, nak cari kain sendondon untuk majlis kahwin Nurul nanti dan kain lace. Dah beberapa kedai dah Abah bawak kitaorg tapi untuk kain lace tak de yang berkenan kat mata memandangnya. Finally, kat kedai Chand Moda dapat la rembat kain ela kosong untuk buat baju sedondon. Untuk lace tu, bukan tak de yang cantik, ade je yang cantik, macam2 pattern orang kedai ni keluarkan ikut warna yang Nurul nak, tapi masih tak berkenan, nak gak cari lace ala2 Fasha Sandha tu. okay fineeee... whatever kate datang sini nak shopping kan... meh ler berusaha lagi.


Selain tu kitaorg hunting for sandal. Abah bawa ke lantai 6, kasut sesaja. Kulit la kebanyakannya. Since Shu tak bawak selipar, cari gak la. Jumpa sandal sepasang 20000 Rp. Kalau amik 3 pasang 50000Rp je, lebih kurang dalam 15 ringgit. Share2 la ngan kak Nor & Alang.



Selain tu, kat sini, Shu hunting for blouse, sebab Shu tak bawak banyak baju. Plan nak cari 2 helai, tapi dapat sehelai je. Alang2 tu, beli terus ole2, t-shirt Bandung, key chain & fridge magnet. T-Shirt bandung better beli kat sini, 5 helai boleh dapat 100.000 Rp. Tapi bila Shu jalan kat tingkat bawah, boleh dapat 6 helai. Tak pe la, dah terbeli. Still murah compare yang dijual kat tempat lain, tak kurang 30.000Rp sehelai. Tapi kan... kene ingat tau, cutting t-shirt yang dijual bukan cutting standart. Kalo biasa pakai M, better amik XL. Memang beza sangat ukurannye. Tak dapat Shu nak pakai t-shirt yg Shu beli untuk diri sendiri.

Kain batik pun siap2 beli kat sini. Item macam kain telekong, kain pasang sulam mmg plan nak beli kat tempat lain. Since review dari blog2, kain Sulam kat taman Kopo lagi murah. 

Hampir setengah hari kat Pasar Baru, perut pun dah berkeroncong, tapi my SIL tak mau makan kat food court Pasar Baru, tak de selera katenye, tak yakin pun ye gak. So makan kat luar je la. Sebelum gerak dari Pasar Baru, tak lupa service yang tip top daripada Abah, my SIL kasi tips kat dia.

Lunch @ SIMPANG RAYA (Makanan Padang)

Untuk lunch, Agus bawa kitaorg ke Restoran makanan Padang Simpang Raya. Disebabkan waktu kitaorg sampai tu pun dah hujung2 waktu lunch, lauk yang ada pun tak banyak pilihan. Siap dihidangkan semua lauk2 tu, since Shu dah study macam mana cara makanan Padang tu, Shu pesan supaya pilih mana yang betul2 nak makan aje. Jangan cuba2 nak try walaupun sikit, nanti dikira juga. Perut tengah kebulur, apa pun ditelannye. Apa yang kitaorang belajar, sambal merah lagi pedas dari Sambal hijau. Sambal merah tu, pedasnye tak hagak2. Kalau kat Malaysia ni rasanya, sambal hijau lagi pedas kot. Orang Indon mmg kuat pedas, makan cili padi pun gigit mentah2 macam tu je. 

Figure out what to eat, lauk2nye kering, tak berkuah sangat. Budak tudung kuning tu lapar giler


Next destination, Kartika Sari. Eh.. mesti korang pk hari pertama dah terjah Kartika Sari? Awalnye nak beli ole2... Jap jap jap... 1st round kitaorg pergi untuk beli buat rasa2 dulu. Bila dah rasa, last day sebelum balik baru beli. Time tu dah tau nak beli apa, x de lah teragak2.

Dalam perjalanan ke hotel, Shu perhatikan keadaan jalan raya yang macet (jam). Gila2 macet, jalanraya padat dipenuhi kenderaan yang kebanyakan motosikal. Tengok keadaan sedemikian, Shu kagum dengan orang2 local yang sabar menempuhi jam. Lagi satu yang Shu salute, walau di hon, walau teruk jamnya, tak ada plak Shu nampak  adegan caci maki atau acara tunjuk jari. Tak macam kat Malaysia ni ada sesetengah (mostly) akan cepat naik angin kalau di "horn". Dalam sesak2 gitu, kalau orang nak melintas, elok je lepas, tak de plak kene langgar. Apsal la kat malaysia hari2 ada kes kemalangan jalan raya. Agus pun ada sebut, biasa dengar berita kemalangan jalan raya kat Malaysia. Hmmm...

Check-in @ HOTEL VIO SURAPATI. Jl. Surapati

Lewat petang baru check-in kat Hotel Vio Surapati. Asalnya, Shu booked Hotel Vio Cimanuk melalui Booking.com, tapi seminggu sebelum keberangkatan, pihak Hotel ada hubungi Shu melalui email memberitahu Hotel under renovation. So, diaorang transfer kitaorang ke Hotel Vio Surapati which is under the same management with the same price. Masa booking mula2 tu mmg without breakfast sbb nak dapat harga murah punya pasal. Tapi disebabkan last minute transfer, Shu cuba2 nasib mintak compensation either voucher makanan or breakfast. Yer la kan, kita dah book hotel lain, tapi dapat lain, lain la expectationnye kan??? saje acah2 mengade hihihihi. Tapi untungnye dapat gak  pihak hotel compensate kitaorg dengan breakfast untuk satu hari sahaja. Kannnn tak pasal2 jimat disitu.

Owh ya, tarikh kitaorg tiba di Bandung baru bermulanya event Sukan seluruh Indonesia yang dikenali sebagai PON. Kalau kat Malaysia kita panggil SUKMA la kot. Shu perasan kebanyakan hotel2 yang kitaorg lalu, mostly tergantung banner PON, which means ada atlet2 yang menginap kat situ. Barangkali perpindahan hotel kitaorg ni pun sebab nak accommodate penginapan para atlet. Doesn't matter, we were fine with Surapati.

Terpampang banner PON

Hotel Vio Surapati ni ada 1 jenis bilik je which called "Smart Room". Biliknya memang kecil. Shu booked 2 bilik untuk 4 orang, good enough for us. Untuk kitaorg yang keluar pagi balik lewat petang. Guna bilik pun untuk tidor je sudah mamadai buat kitaorg. Selesa, bersih, good hospitality. Lokasi hotel ni terletak depan main Road. Diapit dengan Restoran kiri dan kananya. So, kalo malas nak keluar makan jauh2, dekat2 pun ada, tapi ingat sampai pukul 10 malam je. Mini mart pun dekat, kot nak beli kudap2 kat bilik ke. Berhampiran dengan Kompleks Sukan, pagi2 ramai orang riadah kat situ. Track larian yang cantik & bersih. Dihadapan Kompleks Sukan tu terletaknya Gedung Sate. Senang citer, good location and recommended la.

Most importantly, ada Wifi, gratis lagi laju. Sukaaaa 




Single bed yang lebar, empuk, selesa sangat

Dinner @ BALEE GAZEEBOE

Malamnye tu kitaorang cancel plan untuk nightwalk, sebab penat sangat. Dinner pun kat Restoran sebelah kanan hotel je. Duduk je, terus dihidangkan welcome drink, Teh Jasmine. Shu order set nasi & Jus Alpukat. 1st time rasa jus Alpukat yang orang sebut2. Mula2 seram je nak rasa, takut tak sedap, bila dah sedut, 1st sip tu mmg rasa lain macam kan, sebab tak pernah rasa, lama2 minum sedap. Tapi Shu rasa jus Alpukat ni macam tak sesuai je nak makan dengan nasi yg kategori heavy sebab pekat. Kat Bandung ni, Avocado boleh dapat dimana2, besar2 plak tu. Kalo nak makan hari2 mmg tak kot. Kalo kat Malaysia macam luxury je sebab mahal.



Damage of the day (exclude misc shopping)

Breakfast : 32,000 Rp
Simkad Simpati : 75,000 Rp
T-Shirt Bandung 2 helai @Pasar Baru : 50,000 Rp
2 pasang baju & seluar Bandung theme : 70,000Rp
1 pack of Fridge Magnet @ Pasar Baru : 25,000 Rp
1 pack of Key Chains @ Pasar Baru : 25,000 Rp
Lunch @ Simpang Raya : ~ 60,000 Rp
Dinner @ Balee Gazeeboe : 51,000 Rp
Total : 388,000 Rp


 More entries on Bandung 2016 Trip


Friday, July 1, 2016

Once it hit me, now I know the importance of Watermark

All these while, I never cared to put watermark on all personal photos published in this blog. Looking back at the photos published during the earlier age of this blog, all are plain. Why? Never cross in my mind that any party would use my photo for their personal interest.

But when recently I found out there is an FB page which uses my picture for their business marketing without my permission and furthermore their business promotion is completely opposite to what being present in the picture, it's really make me piss-off. 

In fact this matter was been informed by friend who was seeking for confirmation as the below post prompted in his FB news feed. OMG! that's my marriage certificate card!! how it can be published in unrecognized FB page? 


I quickly search out for that FB page: JOM NIKAH to check on what have been written on that particular post which attaching my marriage card. Shocking! It's really surprised me and disappointed with what have been mentioned in the post. 

My marriage card which I applied it myself from JAIS
As you may read the snapshot above from the original post, personally my husband and I feel embarrassed by the irresponsible FB owner who claimed us like so called his "customer"who successfully get married arranged by him using "jalan belakang" a.k.a "kahwin kat Siam" which this is totally untrue. And what so disgusting was that it was posted in the the Holy month of Ramadhan as the time i saw it just posted few days away.

It was not only this picture, I keep scrolling down the page and found one more photo of mine being used in which that picture shown we were holding our temporary marriage cert issued by JAIS at where this ceremony was held in the JAIS office itself.



Only us know how difficult we were and the troublesome we have gone through in order to ensure we get married using the right channel and right procedure with the bless of our both families. You know for a local to get married with foreigner, it was not easy and we have taken a very long steps to get this done and most importantly we did it correctly. It's indifferent from the local couple procedure, where my foreigner husband was required to get few approvals such as his family written permission, approvals from his respective government body, immigration and few others more. 

What if for those who never knew our story bump into this post and believe that we have used his service to get married? It's sad to know when people simply thought that we took a short cut for this marriage just to promote his business. I can't imagine that, fortunately my friend ask me for clarification so that I can get this issue solve immediately.

So, to overcome this issue, I sent a personal message to the FB admin, and gave him 24 hours to delete my photos or otherwise I might pursue a report of this matter to respective government body or maybe viral it. From time to time I was checking that page to ensure he has delete my photos. After the 1st few hours I sent the message, I've noticed that he had read my message but no respond from him and no action taken yet. Then, i sent another reminder to delete my pictures. The following morning, i checked that my photos finally  were cleared. What I've regretted was, the FB admin never respond to my message to drop one or two words to ask for forgiveness which for me he needs to do that. Never mind, let him find me in the field of justice.

Lesson learnt, I'm going to put watermark on my personal photos moving forward and place Disclaimer at top of this blog.

Tuesday, March 22, 2016

Saqlain & Boboiboy the movie


This is about Saqlain, my bubbly son.
During the school holiday, he went to cinema to watch Boboiboy the movie. The 1st time ever for the night show.
He was soooo excited at 1st for the movie as he keep asking many many times even before the movie released in the cinema.
Look at the picture how exciting he was. However, during the show, he never show any reaction towards the movie, neither funny nor happy. It just totally flat.
Then after the show ended, on way back home, Baba asked his respond on the movie of why he never laugh while the other kids had so much laugh during the show. Doesn't he like the movie.
He replied, "I don't understand".
We were like "Erkkkk???" I wonder all these while he watched the series in YouTube and keep repeating the same series million times.
He added, "I don't understand the language".
Ok, now we understood.
This will be the 1st and the last we go for Malay based cartoon movie.
Still it was not a wasted as we had a good family time and enjoyed the delicious popcorn *wink*