* Awas!!!! long entry and photos overloaded =)
Mulanya hari ke-2 Shu di Bandung dengan ketukan pintu dari Nurul, masuk-masuk bilik membebel2, "stress! stress! kenape pukul 5.30 pagi sini dah macam pukul 7 pagi kat Malaysia?" Shu terus meloncat dari katil selak langsir... "Wow! terangnye pukul 5.30 pagi, jalan pun dah sibuk." Terus terfikir diaorang ni masuk keje pukul brape eh? start sekolah pukul berapa kalau dah terang macam ni. Pukul brape pulak diaorg bangun? hahahahaha...
Mulanya hari ke-2 Shu di Bandung dengan ketukan pintu dari Nurul, masuk-masuk bilik membebel2, "stress! stress! kenape pukul 5.30 pagi sini dah macam pukul 7 pagi kat Malaysia?" Shu terus meloncat dari katil selak langsir... "Wow! terangnye pukul 5.30 pagi, jalan pun dah sibuk." Terus terfikir diaorang ni masuk keje pukul brape eh? start sekolah pukul berapa kalau dah terang macam ni. Pukul brape pulak diaorg bangun? hahahahaha...
View dari tingkap bilik Shu lebih kurang 6 pagi waktu Indonesia |
Janji pukul 7.30 nak pick up, pukul 7 dah sampai. lekas2 kitaorang turun, nasib siap dah. Hari ni kete lain plak, lagi besar, lagi selesa.
Firstly kitaorg minta cari tempat breakfast dulu, nak makan local food. Tapi on the way tu, Agus singgah kedai kerepek ambil sample buat rasa nanti boleh la beli buat ole2. Ada beberapa jenis jajan yang diambil, semua pun sedap2 tapi yang paling Shu suka Pisang cheese & kerepek tempe. Ni wajib beli nanti. Nasib baik ada sample kerepek ni buat alas perut sementara nak makan proper breakfast.
Bercakap mengenai street food, berdasarkan pembacaan Shu melalui blog2, ramai yang tak recommend untuk makan di tepi2 jalan. Tapi memandangkan kitaorang tak mahu melengah2kan masa, maka cari la tempat makan sejalan ke arah Ciwidey. Let's give a try. Agus berhenti kat satu gerai tepi jalan, ada la meja untuk kitaorg duduk makan. Kak Nor & Alang masih nak mencari kasut, walaupun diaorg dah beli kasut kat Pasar Baru semalam, tak selesa katenye, kebetulan belakang gerai ada kedai kasut, diaorg pergi cari kasut dulu. Shu & Nurul dah lapo, kitaorg makan dulu lah ye.
Shu order nasi kuning which is antara menu sarapan yang terjual di sini. Bubur pun ada. lepas order kami masing2 jamukan dengan segelas air teh tawar. Kira air ni pakej sekali dengan makan yang kita order, boleh refill. Nurul dah mula mencebik, rasanya macam dah tak sanggup nak telan teh tawar ni lagi. Mana taknye, kalo kat Malaysia asalkan breakfast kat kedai mamak, mesti order teh ais kan. Sekali datang sini, asik minum teh tawar panas je. Patut la pun orang2 kat sini badan comey2...
Nasi Kuning |
Selain tu ada gak aneka gorengan. Shu nampak tahu tu baru goreng panas2. Amik 4 biji untuk seorang satu. Kalo orang tempatan, makan gorengan ni dengan cili padi. Ada mamat yg makan dekat ngan kitaorg gigit cili padi macam tu je, tergamam Shu ngan Nurul nengoknye. Pastu ada juga seorang gadis ni beli gorengan amik segenggam cili padi, terbeliak lagi mata kitaorg, perghhhh giler kebal lidah orang2 sini. Ku tak sanggup!. Tergelak pompuan tu tgk reaksi kitaorg. So, total breakfast 43,000 Rp termasuk gorengan Tahu, each item 10k je. Murah & sedap.
KAWAH PUTIH, Ciwidey
Settle makan, terus menuju ke next destinasi. Jauh lagi, dah la aircond dok kat sebelah je ni. Baru rasa nak lelapkan mata, Agus cakap rugi tido, nanti terlepas pemandangannye... Aiyaaa tak jadi nak tdo.
Nampak... kan aircond kat sebelah je tu, ni seat paling belakang tau |
Sampai kat entrance kawah putih, Agus berhenti bayarkan tiket dan charge bawa naik mobil ke atas.
- Tiket masuk = 50000Rp / pax
- Mobil = 150000 Rp
Kalau tak nak bawak kete parking kat atas, boleh naik Angkutan dengan bayaran 35000Rp/pax. Tapi kalau datang beramai2, bawak je la kete naik atas, lagi selesa. Tak yah nak adventure sangat la, kalo muda lagi tak pe, tapi kalau bawak org berumur, bawa naik kete kat atas sebab jalan nak naik atas tu, boleh tahan berliku2 ye. MySIL siap pura2 tdo tutup muka sebab tak tahan, sampai atas terus pusing kepalanya.
Angkutan Ontang-Anting |
Sementara tu, kitaorg serbu toilet. Perghhh sejuk giler airnye. Sape yg ada kampung, ni mungkin perkara biasa, tapi untuk org bandar macam Shu ini luar biasa okayyy hahahaha... kat sini turun je kete dah kene serbu dengan para peniaga. Bertabah la dan keraskan hati kerana mereka2 akan sentiasa follow tapi kitaorg tak layan, abaikan je.
Kitaorang dah siap2 standby mask untuk kurangkan bau sulfur menusuk kedalam hidung, tapi Shu tak pakai sangat pun, buat abaikan aje bau tu. Bila dapat je melihat kawah putih dengan mata sendiri, memang terpegun dan sungguh menakjubkan. MashaAllah... cantik sangat. Seterusnya, let the photos speak the beauty.
Masa turun tu agak panas tapi dah mulai tunjuk tanda2 nak hujan, memang betul hujan pun, wap mulai naik, bau makin kuat. Kitaorang naik semula ke kereta tunggu sampai hujan berhenti. Sekejap je pun hujannye. Pastu plan nak turun balik. Mana boleh sekejapan je, tak puas!
Second round, Shu ngan Nurul je yang turun. Kakak2 berdua dah tak larat. Kitaorang nak berfotogedik. MashaAllah... kali ni turun,lagi cantik, lagi sejuk, terpesona la haiiii.. macam fairy tale plak. Frankly speaking, Shu memang dah terpaku dan terus berfotogedik, kalau boleh nak capture gambar disetiap pelusuk kawah putih tu.
Nak tau betapa lamanya kitaorang berdua bertapa berfoto gedik kat situ... sampai Agus turun panggil kitaorang naik... hihihii
Sebelum naik dia kene amik gambo kitaorang berdua plak, sebab gamba sebelum ni 1 by 1 je ;)
Next, ke perkebunan teh plak, another pit stop yang cantik untuk berfoto gedik. kat tepi jalan je. Again, tak mo citer banyak, let the photos tell you everything.
Kalau Agus yang disuruh ambilkan gambar, beginilah jadinya. Dia terus snap lagi dan lagi. Dah tak tau nak gaya macam mana lagi dah.
Lepas lawat Ladang Teh, sepatutnya nak pergi kebun petik Strawberry. Tapi tengok keadaan kebun macam tak berbuah je. Suruh Agus tolong checkkan kalau2 keadaan kebun masih banyak buah untuk dipetik. Seperti yang dijangkakan, buah2 yang muda2 je kebanyakannya, tak ready untuk dipetik. Boleh jadi semalam hari Ahad, ramai orang dah petik.
Lunch @ Saung Andir
Kat sini boleh pilih nak duduk kat atas atau bawah. Atas atau bawah, seingat Shu semuanya bersila. Walaupun penat, kitaorang pilih duduk kat atas, agak tinggi gak naik tangga dan tangganya agak curam. Tapi, kalo baring2, orang tak nampak.
Sementara nak tunggu makanan sampai, ada Tauhu goreng beli pagi tadi, makan dulu buat appetizer.
Menu famous kat sini Ayam Goreng Brengsek. Agus dah pesan siap, kalau order menu ni, cukup untuk 4 orang makan. Tapi tu kate dia, since tau ayam kat Bandung ni bukannye gemok2 macam kat Malaysia, kitaorang tambah lagi Ikan Gurame Gledek, telur dadar dan sup kosong. Ikan Gurame Gledek ni walaupun kitaorang request kurang pedas, tapi rasanya tetap pedas giler, Shu yang hantu sambal ni pun tak leh nak masuk. Sudahnye, sebelum makan, kita kasi lap2 dulu sambal2 kat ikan tu, baru ngap.
Total damage untuk 4 orang, approximately RM100+ |
Rumah Kain Jalan Kopo
Actually ada salah faham sikit masa kat sini. Agus ada recommend kedai kain yang lain, tapi since Rumah Kain Jalan Kopo ni kan dah femes as mostly blogger2 recommend tempat ni, so nak la singgah tengok2. On the way ke sini, Shu tido dalam kete, tapi mmg ingat Agus nak bawak ke rumah kain Jalan Kopo dulu, then baru bawak ke kedai kain yg dia nak recommend.
Masa turun kete mmg dah set, ini kedai Kain Jalan Kopo. Tapi mulut ni masih nak tanye, mana kedai yg Agus nak recommend tu? my SIL pun pergi la ke Agus tanye. Timing tanye tak betul kiranya, time nak tanye tu, ada staff kedai kat situ gak, jadi... Agus pun mengiyakan je bila tanya ni ke kilang kain yang dia nak bawa tu. Ape lagi, Shu pun malas nak fikir2, mana2 kain sulam yang berkenan, amik masuk bakul sekali dengan kain telekung dan kain Cotton. Kedainya tak besar mana pun, tapi mampu mengeringkan poket ni.
Dari segi harga, boleh tahan murah la, kira mampu milik, ada macam2 variant harga depend pada kualiti dan jenis textile. Hot item kat sini, kain pasang sulam & kain telekong. Kain cotton pun ada tapi tak banyak pilihan.
Settle, masuk dalam kete Agus bilang dia iyakan aje tadi sebab ada staff kedai dengan dia, jadi tak manis la kalau kacau business orang. Kalau kakak2 nak beli, silakan aja. Owhhh damn.. bukan rupenye. Acaner nak shopping lagi ni, dah kering dah ni.. hahahaha
Barangan Kulit @ Jalan Cibaduyut
Masuk ke kawasan parking, masing2 macam kene histeria hanya kerana bag2 yang dipamerkan. Terlalu banyak pilihan. Mampu tengok je, kering dah masa sampai sini. Bermula lah episode cuci2 mata ajo.
Tapi dapat gak la belikan tali pinggang kulit untuk Mr. Hubby buat ole2.
Kedai Textile @ D'Fashion
Finally... dapat gak lace yang berkenan dia mata. Sape2 yang datang nak hunting for kain untuk wedding event, baju nikah, sedondon keluarga, bridesmaid and so whatever, datang je la kat sini. Pilihan untuk kain lace je ada 2 tingkat. Memang rambang mata, kitaorang yang tak plan nak berlace pun terjebak.
Kalau nak bertapa kat sini lama2 pun, tak de masalah, Sofa empuk dimana2. Kerusi massage ada, minuman pun disediakan, boleh pilih lagi tu. Staff sangat membantu kita untuk memilih material yang kite nak, peramah dan peyabar.
Dinner - Takeaway KFC
Finally... dapat gak lace yang berkenan dia mata. Sape2 yang datang nak hunting for kain untuk wedding event, baju nikah, sedondon keluarga, bridesmaid and so whatever, datang je la kat sini. Pilihan untuk kain lace je ada 2 tingkat. Memang rambang mata, kitaorang yang tak plan nak berlace pun terjebak.
Sampai sini, menyesal beli kain cotton tadi. Sebab... kat sini lagi banyak pilihan dan macam2 jenis kain cotton. Tapi nak buat macam mana, mampu tengok je la.
KFC ni Nurul yang nak sangat makan, Walaupun Shu cakap, "Deiiii!!! KFC kat Malaysia pun ada la...", tapi katenye meal setnye lain. Fine, dia nak belanja, kitaorang OK je.
One thing yang Shu nak highlight pasal takeaway drink kat KFC di Indonesia ni, minumannya dibungkus dengan begitu rapi secara berasingan agar tidak tumpah. Interesting :)
No comments:
Post a Comment