For the first time ever, Shu fly ke negara orang, wajib lah kan merakam detik-detik manis sepanjang percutian ini. Dah lama sebenarnya niat dihati nak bercuti di Bandung ni, tapi disebabkan Shu pernah cakap, tak mau fly mana2 selagi tak balik Pakistan (Kampung Hubby). Makanya, impian untuk travel terpaksa diketepikan dahulu. Namun, sebabkan sampai saat ini, masih belum ada rezeki nak balik, putus harapan pun ada. Tipulah kalau cakap diri ni tak jealous tatkala bila melihat kawan2 lain pergi bercuti. Tapi apakan daya Shu pendamkan je. Tapi lama kelamaan, Shu tak leh pendam lagi. Orang lain dah sampai merata dah oi... ko masih nak dok diam lagi ke??? haaa lebih kurang gitu lah hati Shu menjerit. I really need to go somewhere, gain the experience, treat myself for the hard work I've done. Finally, I initiated this plan with my sisters (4 of us) a year ago.
Sebenarnye, sebulan dua sebelum nak sampai hari kejadian ke Bandung ni, ada cabaran besar yang menimpa Shu, hampir2 tak pergi dibuatnye, tapi Alhamdulillah... berjaya menyelesaikannya. Pasal tu, tengok keadaan nanti-nanti lah Shu cerita.
Percutian di Bandung ni adalah selama 5 hari 4 malam. Flight AK416 berlepas pada 18 September 2016, Ahad pukul 6.50 pagi.
Walaupun hujan lebat semasa berlepas di KLIA2, flight still on schedule dan selamat tiba di bandung lebih kurang pukul 8.05 pg waktu tempatan(9.05 pg MYT).
Ketibaan di Bandara Husein Sastranegara
Sampai di Airport Bandung, OK nak bagi tau, airport Bandung dah baru ye. So, gambaran2 blogger2 yang dah pergi ke Bandung sebelum ni, Shu tak nampak kali ni. cumanya, masa nak cop passport tu, lama sikit kene beratur, ramai nau orang luar nak masuk.
Ketibaan di Bandara Husein Sastranegara
Sampai di Airport Bandung, OK nak bagi tau, airport Bandung dah baru ye. So, gambaran2 blogger2 yang dah pergi ke Bandung sebelum ni, Shu tak nampak kali ni. cumanya, masa nak cop passport tu, lama sikit kene beratur, ramai nau orang luar nak masuk.
Masa nak pick up luggage ni yang tak best. Habis lencun beg Shu keseluruhannya. Shu bawak 2 luggage, yang berat bawak masuk cabin, yg ringan (which i consider almost empty bag) checked-in. Reason why, Shu beli luggage 20kg je untuk pergi ni which cover for 4 pax. Untuk masuk cabin kan boleh bawak masuk 7kg. So, pakaian Shu semua letak dalam bag 20". Nasib baik pakaian Shu semuanya dalam bag bawak masuk cabin. Kalo tak satu kerja pulak nak keringkan baju2 tu. Tapi dalam bag yg basah tu ada gak barang2 macam towel muka, inner wear, semua ni lencun sampai boleh perah keluarla sebotol air. Pasrah je lah, nasib tak banyak barang dalam tu.
Airport Bandung ni tak la sebesar KLIA2, so tak jauh la nak berjalan ke pick up point. Sampai je kat pick up point, nampak warga tempatan memegang kertas A4 dengan nama NOR AZILAH (kakak ipar Shu). Terus kitaorg assume tu adalah supir yang telah kak Nor tempah dan menuju kepadanya. Kami disambut dengan baik, diangkatnye luggage kitaorg ikut mana2 yang dia mampu. Supir kami Agus namanya.
Cakap pasal Supir ni, from the previous conversation, my SIL has booked for Suzuki APV maroon color. But what we got was something else. According to Agus, all cars are fully occupied. In fact, kereta yang dibawanya pada hari pertama itu, adalah kereta personal bosnya. Ok fine, as long as it can fit all of us and our luggage.
Breakfast @ KAMPIUN BISTRO
Firstly, kitaorg minta Agus bawak kitaorg pergi breakfast. Ditanya terlebih dahulu di mana kami mau makan. Since kitaorg tak de idea nak makan kat mana, Agus simply bawa kitaorg ke cafe bistro ni, which kitaorg rasa harganya tak berapa patut. Mana taknye, segelas ice lemon tea cost about 27.500 Rp. Lagipun, tak banyak pilihan untuk breakfast. Keinginan nak makan local food, tapi ape tu local food tu pun, belum ada gambarannye lagi. So, Shu simply ordered Roti canai cheese, tapi tak de plak. So finally I just had my breakfast with cafe latte with price 27.000Rp even cheaper than the ice lemon tea though. Nasib ada Wifi free. Masing2 ngadap phone update orang2 Malaysia yg kitaorg dah sampai.
Indon Simcard - simPATI
On the way nak breakfast tu, dah request siap2 dari Agus nak beli simkad. So, masa kat cafe, Agus datang bawa 4 pilihan simkad. Kitaorang nak beli 2 je, dah plan awal Shu & Nurul je yg beli, pastu hotspot je la, share2. Dah pilih, terus pasang dan boleh guna terus. Tapi Nurul punye phone tak leh fit plak ngan simkad tu, dia guna Samsung J7. So, kene gi kedai suruh org kedai tu masukkan, tapi tak sesuai gak. Kene cari simkad lain, lewat petang baru dapat tapi lain company la, mahal sikit, lagi besar datanya.
Beli simkad Indo lagi jauh lebih jimat berbanding roaming. Penting untuk ada line untuk pelbagai tujuan tidak kira emergency case, berhubung dengan keluarga di Malaysia, berhubung dengan supir atau live update di social media. At least dalam group mesti ada sorang dua yang ada nombor Indon.
PASAR BARU
Lepas breakfast, as per plan, kitaorg menuju ke Pasar Baru. Sampai Pasar Baru, Agus handover kitaorg kat Abah plak. Menurut Agus, dia tak tahu selok belok Pasar Baru, So dia suruh kitaorg follow Abah dan Abah akan guide kitaorg based on item yang kitaorg nak cari. Bagus Abah ni, banyak bagi tips untuk berurusan dengan peniaga2 Pasar Baru, berapa harga terbaik untuk kitaorg deal untuk sesuatu barang tu, recommend kedai mana yang patut diterjah. Bukan takat tu, dia yang akan bawakan semua hasil belian kitaorang, lepas beli terus diambilnya barang2 belian tu dari tangan kitaorg, tak bagi kitaorg pegang. Bukan itu sahaja, dia akan pastikan kitaorang sentiasa ada depan matanya, sorang hilang dari pandangan matanya, cepat2 dia cari.
PASAR BARU
Lepas breakfast, as per plan, kitaorg menuju ke Pasar Baru. Sampai Pasar Baru, Agus handover kitaorg kat Abah plak. Menurut Agus, dia tak tahu selok belok Pasar Baru, So dia suruh kitaorg follow Abah dan Abah akan guide kitaorg based on item yang kitaorg nak cari. Bagus Abah ni, banyak bagi tips untuk berurusan dengan peniaga2 Pasar Baru, berapa harga terbaik untuk kitaorg deal untuk sesuatu barang tu, recommend kedai mana yang patut diterjah. Bukan takat tu, dia yang akan bawakan semua hasil belian kitaorang, lepas beli terus diambilnya barang2 belian tu dari tangan kitaorg, tak bagi kitaorg pegang. Bukan itu sahaja, dia akan pastikan kitaorang sentiasa ada depan matanya, sorang hilang dari pandangan matanya, cepat2 dia cari.
Main agenda kat sini, nak cari kain sendondon untuk majlis kahwin Nurul nanti dan kain lace. Dah beberapa kedai dah Abah bawak kitaorg tapi untuk kain lace tak de yang berkenan kat mata memandangnya. Finally, kat kedai Chand Moda dapat la rembat kain ela kosong untuk buat baju sedondon. Untuk lace tu, bukan tak de yang cantik, ade je yang cantik, macam2 pattern orang kedai ni keluarkan ikut warna yang Nurul nak, tapi masih tak berkenan, nak gak cari lace ala2 Fasha Sandha tu. okay fineeee... whatever kate datang sini nak shopping kan... meh ler berusaha lagi.
Selain tu, kat sini, Shu hunting for blouse, sebab Shu tak bawak banyak baju. Plan nak cari 2 helai, tapi dapat sehelai je. Alang2 tu, beli terus ole2, t-shirt Bandung, key chain & fridge magnet. T-Shirt bandung better beli kat sini, 5 helai boleh dapat 100.000 Rp. Tapi bila Shu jalan kat tingkat bawah, boleh dapat 6 helai. Tak pe la, dah terbeli. Still murah compare yang dijual kat tempat lain, tak kurang 30.000Rp sehelai. Tapi kan... kene ingat tau, cutting t-shirt yang dijual bukan cutting standart. Kalo biasa pakai M, better amik XL. Memang beza sangat ukurannye. Tak dapat Shu nak pakai t-shirt yg Shu beli untuk diri sendiri.
Kain batik pun siap2 beli kat sini. Item macam kain telekong, kain pasang sulam mmg plan nak beli kat tempat lain. Since review dari blog2, kain Sulam kat taman Kopo lagi murah.
Hampir setengah hari kat Pasar Baru, perut pun dah berkeroncong, tapi my SIL tak mau makan kat food court Pasar Baru, tak de selera katenye, tak yakin pun ye gak. So makan kat luar je la. Sebelum gerak dari Pasar Baru, tak lupa service yang tip top daripada Abah, my SIL kasi tips kat dia.
Lunch @ SIMPANG RAYA (Makanan Padang)
Untuk lunch, Agus bawa kitaorg ke Restoran makanan Padang Simpang Raya. Disebabkan waktu kitaorg sampai tu pun dah hujung2 waktu lunch, lauk yang ada pun tak banyak pilihan. Siap dihidangkan semua lauk2 tu, since Shu dah study macam mana cara makanan Padang tu, Shu pesan supaya pilih mana yang betul2 nak makan aje. Jangan cuba2 nak try walaupun sikit, nanti dikira juga. Perut tengah kebulur, apa pun ditelannye. Apa yang kitaorang belajar, sambal merah lagi pedas dari Sambal hijau. Sambal merah tu, pedasnye tak hagak2. Kalau kat Malaysia ni rasanya, sambal hijau lagi pedas kot. Orang Indon mmg kuat pedas, makan cili padi pun gigit mentah2 macam tu je.
Next destination, Kartika Sari. Eh.. mesti korang pk hari pertama dah terjah Kartika Sari? Awalnye nak beli ole2... Jap jap jap... 1st round kitaorg pergi untuk beli buat rasa2 dulu. Bila dah rasa, last day sebelum balik baru beli. Time tu dah tau nak beli apa, x de lah teragak2.
Dalam perjalanan ke hotel, Shu perhatikan keadaan jalan raya yang macet (jam). Gila2 macet, jalanraya padat dipenuhi kenderaan yang kebanyakan motosikal. Tengok keadaan sedemikian, Shu kagum dengan orang2 local yang sabar menempuhi jam. Lagi satu yang Shu salute, walau di hon, walau teruk jamnya, tak ada plak Shu nampak adegan caci maki atau acara tunjuk jari. Tak macam kat Malaysia ni ada sesetengah (mostly) akan cepat naik angin kalau di "horn". Dalam sesak2 gitu, kalau orang nak melintas, elok je lepas, tak de plak kene langgar. Apsal la kat malaysia hari2 ada kes kemalangan jalan raya. Agus pun ada sebut, biasa dengar berita kemalangan jalan raya kat Malaysia. Hmmm...
Check-in @ HOTEL VIO SURAPATI. Jl. Surapati
Lewat petang baru check-in kat Hotel Vio Surapati. Asalnya, Shu booked Hotel Vio Cimanuk melalui Booking.com, tapi seminggu sebelum keberangkatan, pihak Hotel ada hubungi Shu melalui email memberitahu Hotel under renovation. So, diaorang transfer kitaorang ke Hotel Vio Surapati which is under the same management with the same price. Masa booking mula2 tu mmg without breakfast sbb nak dapat harga murah punya pasal. Tapi disebabkan last minute transfer, Shu cuba2 nasib mintak compensation either voucher makanan or breakfast. Yer la kan, kita dah book hotel lain, tapi dapat lain, lain la expectationnye kan??? saje acah2 mengade hihihihi. Tapi untungnye dapat gak pihak hotel compensate kitaorg dengan breakfast untuk satu hari sahaja. Kannnn tak pasal2 jimat disitu.
Owh ya, tarikh kitaorg tiba di Bandung baru bermulanya event Sukan seluruh Indonesia yang dikenali sebagai PON. Kalau kat Malaysia kita panggil SUKMA la kot. Shu perasan kebanyakan hotel2 yang kitaorg lalu, mostly tergantung banner PON, which means ada atlet2 yang menginap kat situ. Barangkali perpindahan hotel kitaorg ni pun sebab nak accommodate penginapan para atlet. Doesn't matter, we were fine with Surapati.
Hotel Vio Surapati ni ada 1 jenis bilik je which called "Smart Room". Biliknya memang kecil. Shu booked 2 bilik untuk 4 orang, good enough for us. Untuk kitaorg yang keluar pagi balik lewat petang. Guna bilik pun untuk tidor je sudah mamadai buat kitaorg. Selesa, bersih, good hospitality. Lokasi hotel ni terletak depan main Road. Diapit dengan Restoran kiri dan kananya. So, kalo malas nak keluar makan jauh2, dekat2 pun ada, tapi ingat sampai pukul 10 malam je. Mini mart pun dekat, kot nak beli kudap2 kat bilik ke. Berhampiran dengan Kompleks Sukan, pagi2 ramai orang riadah kat situ. Track larian yang cantik & bersih. Dihadapan Kompleks Sukan tu terletaknya Gedung Sate. Senang citer, good location and recommended la.
Most importantly, ada Wifi, gratis lagi laju. Sukaaaa
Most importantly, ada Wifi, gratis lagi laju. Sukaaaa
Single bed yang lebar, empuk, selesa sangat |
Dinner @ BALEE GAZEEBOE
Malamnye tu kitaorang cancel plan untuk nightwalk, sebab penat sangat. Dinner pun kat Restoran sebelah kanan hotel je. Duduk je, terus dihidangkan welcome drink, Teh Jasmine. Shu order set nasi & Jus Alpukat. 1st time rasa jus Alpukat yang orang sebut2. Mula2 seram je nak rasa, takut tak sedap, bila dah sedut, 1st sip tu mmg rasa lain macam kan, sebab tak pernah rasa, lama2 minum sedap. Tapi Shu rasa jus Alpukat ni macam tak sesuai je nak makan dengan nasi yg kategori heavy sebab pekat. Kat Bandung ni, Avocado boleh dapat dimana2, besar2 plak tu. Kalo nak makan hari2 mmg tak kot. Kalo kat Malaysia macam luxury je sebab mahal.
Damage of the day (exclude misc shopping)
Breakfast : 32,000 Rp
Simkad Simpati : 75,000 Rp
T-Shirt Bandung 2 helai @Pasar Baru : 50,000 Rp
2 pasang baju & seluar Bandung theme : 70,000Rp
1 pack of Fridge Magnet @ Pasar Baru : 25,000 Rp
1 pack of Key Chains @ Pasar Baru : 25,000 Rp
Lunch @ Simpang Raya : ~ 60,000 Rp
Dinner @ Balee Gazeeboe : 51,000 Rp
Total : 388,000 Rp
More entries on Bandung 2016 Trip
Breakfast : 32,000 Rp
Simkad Simpati : 75,000 Rp
T-Shirt Bandung 2 helai @Pasar Baru : 50,000 Rp
2 pasang baju & seluar Bandung theme : 70,000Rp
1 pack of Fridge Magnet @ Pasar Baru : 25,000 Rp
1 pack of Key Chains @ Pasar Baru : 25,000 Rp
Lunch @ Simpang Raya : ~ 60,000 Rp
Dinner @ Balee Gazeeboe : 51,000 Rp
Total : 388,000 Rp
More entries on Bandung 2016 Trip
- Cuti-cuti Bandung : Day 2
- Cuti-cuti Bandung : Day 3
- Cuti-cuti Bandung : Day 4
- Cuti-cuti Bandung : Day 5
Jom datang bandung agasagus sediakan sewa kereta murah buat pelancongan di bandung, servis pun ok.
ReplyDeleteAgasagus sediakan juga paket buat pelancongan di bandung. Wasshp ja ya
+6281910301718.