Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Wednesday, October 26, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 5

Uwarghhhh dah hari ke-5... dah kene balik.. sob.. sob... kenapa la cepat sangat masa berlalu. Nak cuti lagi... tapi duit dah pokai ni acaner? Cerita perihal flight balik ni, initial itinerary, flight kitaorang sepatutnya dijadualkan pada 22 Sept 2016, 11:45 pagi. Tetapi pada bulan Februari dapat notification waktu penerbangan dilewatkan kepada 17:20. Not bad, kitaorang fine je coz still in the same day. Lagi bagus, tak la rush nak check-out dan nak ke airport hari last day tu.

Breakfast @ Sindang Reret

Breakfast hari last ni, kitaorang claim free breakfast compensation dari Pihak hotel sebab tukarkan kitaorang dari hotel yang kitaorang book awalnya, Hotel Vio Cimanuk. Tengok pada gambar, Hotel Vio Cimanuk nampak lagi best, lagi besar. Tapi sayang under renovation pulak.

Hotel Vio Surapati ni tidak mempunyai in house cafe. So, breakfast di-sub ke Restoran Sindang Reret yang terletak di sebelah kiri hotel. Dari hotel ni ada laluan khas disediakan untuk ke restoran ni. Menu yang disediakan pagi tu ada nasi putih, sayur campur, meatball masak gulai, bubur, omelette, roti and its condiments. Bagi Shu, pilihannya sangat limited, nasib baik free, no complaint at all. Kalau memang amik pakej hotel sekali breakfast, mesti agak kecewa la.



Interior Restoran ni pun cantik, tenang je seperti kebanyakan restoran yang lain, tak lari daripada mempunyai kolam yang dipenuhi ikan serta desiran air terjun buatan. Kitaorang ni pantang sampai kat tempat cantik, mesti nak bergambar.



Memang nak diabadikan sebanyak gambar yang mungkin, firstly sebab ini trip international pertama buat kami semua. Setahun kitaorang plan trip dengan pelbagai dugaan yang datang sebelum nak berangkat ke Bandung ni. Lagi best trip ni, all ladies only yang terdiri dari mak2 orang. Dapatlah chance ber-"ME" time. Memang kitaorang enjoy to the fullest, kalau ada juta2 lagi rupiah, pasti lagi enjoy.

Dah puas bergambar, Nurul & my SIL balik hotel dulu, Shu & Alang nak singgah mini mart nak beli roti cheese bawak balik. Sedap roti krim cheese. Sekali perasan ada kedai bakery sederet dengan mini mart. Sebelum ni tak perasan ada, sebab datang sii tempoh hari pun waktu malam. Tengok ramai orang, singgah sekejap nak tengok2. Wow! menarik, ada banyak kuih muih tempatan, sangat pelbagai, macam2. Alahai... nak beli, perut dah kenyang pulak, cuci mata je la. Alang dapat beli kek Surabaya kat sini dengan harga yang lebih murah daripada Kartika Sari. Alang cakap rasanya sedap, ok la buat ole2.


Check-out Hotel Vio Surapati

Seperti dijanjikan, sebelum pukul 11 pagi Agus sudah tiba untuk pick-up kitaorang. So, lebih kurang pukul 10.30 pagi kitaorang dah siap-siap untuk turun untuk check-out. Masa keluar bilik, staff hotel nampak kitaorg keluarkan luggages dan kotak2, terus datang kat kitaorang dan offer untuk bawa trolley dan bawakan bag2 kitaorang ke bawah. Senang keje kitaorang tak susah2 nak bawa.

Proses checkout pun sangat cepat, pulangkan kad bilik, staff pulangkan deposit yang dibayar masa check-in tempoh hari.

Kenang2an no bilik Shu di Hotel vio Surapati
Sebelum gerak, Agus issue receipt untuk perkhidmatan supir selama 5 hari ni. Duit supir my SIL dah siap2 asingkan. Tapi ada slightly different amount yang perlu dibayar dengan amount yang ditawarkan sebelum ini. Then, Agus jelaskan masa hari ke-4, kalau kitaorang ke area Lembang sahaja, memang harga biasa yang akan ada dicharge, tapi disebabkan kami ke area Cikole untuk minum kopi, which areanya ke dalam sikit, so ada charge tambahan untuk itu sebanyak 50000Rp. Begitu rupanya, duit supir ngam2 je my SIL ada, sebab extra allocation dah digunakan untuk tips. Nasib baik duit hotel ada lebihan sikit, so dapat la top-up extra charge tu. Settled.

Gedung Sate

Tak lengkap rasanya lawatan ke Bandung ni tanpa melawat monumen bersejarah atau mercu tanda Bandung. Lepas check-out dan sebelum ke airport, kitaorang minta Agus bawakan kitaorang ke Gedung Sate. Agus drop kitaorang kat tempat yang dia boleh park kereta, sebab depan kawasan Gedung Sate tidak dibenarkan parking walaupun haya untuk menunggu. So, kitaorang kene jalan sikit la. Actually, hari-hari lalu (by car) depan Gedung Sate ni sepanjang berada di Bandung sebab lokasinya cuma 5 mins walking distance dari hotel kami menginap. Tapi last day baru ambil peluang untuk drop by dan bergambar di sini. Secara ringkasnya Gedung Sate merupakan bangunan yang bersejarah yang menjadi kebanggaan Bandung yang kini turut dijadikan pejabat urusan kerajaan. Uniknya bangunan Gedung Sate yang siap dibina pada tahun 1920 ini, mempunyai ornamen 6 cucuk sate di tengah2 bangunan. 


Berlatar belakangkan Bangunan Gedung Sate

Bertepatan di hadapan bangunan Gedung Sate ni terletaknya kompleks sukan yang Shu lupa nak periksa nama tepat bagi tempat ni. So kene menyeberang jalan untuk ke sini. Jangan risau, ada polis bantuan yang akan bantu orang awam menyeberang jalan.

Memandangkan masa kitaorang pergi tu berlangsungnya acara PON,  maskot kebanggaan PON berdiri megah di hadapan Gedung Sate.


Masuk ke kawasan Kompleks Sukan, pada pandangan mata Shu kompleks ni cantik sebab mempunyai track larian yang cantik membiru. Barangkali tempat ni baru dibina, sebab tu masih nampak cantik lagi, harap-harap dapat dikekalkan. 


Tiap-tiap pagi lalu sini mesti nampak ramai orang beriadah di sini. Kagum la sikit, hari biasa pun ramai orang bersukan. Kalau ikut timezone Bandung yang pukul 5.30 pagi pun dah terang benderang, walhal diaorang masuk keje sama juga macam kita dalam pukul 7-8 pagi, memang sempat la pagi2 nak beriadah. Kita ni celik mata pukul 6 pagi pun, masih gelap lagi, gelap2 nak berjogging, memang tak la kan.
Pose atas track larian, mestilah acah2 nak berlari

Luar Kawasan track, di belakang kitaorang terdapatnya potret pemerintah2 kerajaan sebelum ini
Dah puas bergambar, kitaorang berjalan kaki ke kereta di mana Agus turunkan kami. masa on the way balik tu baru perasan, di atas track laluan pejalan kaki di hadapan Gedung Sate terdapat pelbagai motif corak batik. Boleh tengok pada label untuk mengetahui jenis motif. Interesting!


Next, kitaorang tak tau nak pergi mana lagi walaupun punyai banyak masa lagi. Finally decided minta Agus terus bawa kami ke airport, nak lunch pun kitaorg masih kenyang lagi. On the way to airport, rasa sayu je. Tak dinafikan, I fall in love with bandung, 1st time visit negara orang, banyak benda baru yang Shu tahu, banyak benda yang membuka mata. Especially pandangan mata Shu pada orang2 Indonesia ni. Bila kat Bandung ni, baru kenal mereka secara dekat, baik budi pekerti mereka, sopan sahaja bila berbicara, peramah. Judgement ni berdasarkan orang-orang yang kami berhubung. Contoh terdekat, Agus selaku supir kitaorang selama 5 hari di sini, Disimpulkan, kitaorang senang sangat dengan dia, yang ambil berat, ambil tahu, yang melayan perangai hantu kitaorang, boleh bawa bergurau. Staf-staf hotel juga begitu, lelaki mahupun perempuan, mereka merendahkan suara mereka ketika berbicara, tidak lekang senyuman dibibir, suka membantu.

Perjalanan kitaorang menuju ke airport diiringi dengan hujan rintik-rintik. Radio pulak back to back mainkan lagu-lagu sedih bekisarkan perpisahan. Ish... touching tau seakan mengerti dan terpaksa merelakan kitaorang melangkah pergi. Padahal, 4 hari kitaorang kat sini, bila masa dalam kereta, tak henti-henti lagu dangdut diputarkan. 

Hujan rintik-rintik
On the way to airport, Agus siap2 minta maaf kalau ada salah silap dan kekurangan. Kitaorang pun sama jugak. Siap dipesan, recommend dia pada kenalan kitaorang kalau mau datang Bandung.

Wefie with Agus
Bandara Husein Sastranegara

Sesampai di Airport, Agus menurunkan luggage kitaorang dengan kadar segera. Tak boleh tunggu katanya dan kemudian terus beredar selepas selesai. Shu mula melilau mencari penimbang berjalan dari hujung ke hujung bangunan. Rupanya penimbang ada kat dalam. Shu ingat cuma orang yang dah ready for boarding je boleh masuk, sebab nampak ada mak guard periksa tiket flight, lagi pun lambat lagi departure kitaorang. Rupenye, boleh je masuk asalkan ada tiket flight. Masing2 first time katekan, mana la tau kan, kat KLIA 2 nak masuk airport tak check tiket flight pun.

Masuk dalam, terus ke section penimbang. Nasib tak sibuk sangat time tu. Mulalah kitaorang buat perkiraan. Nasib baik situ ada staff airport yang guide kitaorang bagaimana perkiraan dibuat. Bersungguh staff tu bantu kitaorang denga penuh sopan santun, dia sangat membantu. Bila timbang semua, memang ada slightly overweight. So, kitaorang ke tepi tapi masih berdekatan dengan penimbang dan re-adjust muatan kitaorang. Nasib ada ruang lagi yang boleh dimasukkan untuk hand carry.  Sekejap2 kitaorang timbang luggage kitaorang, sampai lah kitaorang dapat berat luggage yang kitaorang beli sebelum ni. Tu pun, nasib baik 2 hari sebelumnya, Shu dah top up lagi 25kg. Kalo tak top up, memang pokai la nak bayo sebab banyak sangat terlebihnya. Sebab tu pentingya datang airport awal, antara perkara yang kita boleh check sebelum check-in luggage.

Yang banyak2 luggage kat bawah ni kitaorang punya semua, total semua 85kg tak termasuk hand carry yang kitaorang boleh bawak sebanyak 7kg. Semua maximum dah.


Bila luggage dah settle, baru perut rasa lapar.  My SIL volunteer nak jaga luggage, the rest cari makan. Kat airport ada food court, tapi macam tak berapa berkenan la, so kitaorang keluar dari Airport kat depannya ada deretan kedai makan. Beli nasi goreng sebungkus, 4 ketul rotiboy dan air untuk 4 orang.

Elok je kitaorang masuk airport, kaunter AirAsia pun dibuka, ada 3 kaunter masa tu. Staf airport yang entertained kitaorang masa menimbang barang tadi, inform kitaorang dah boleh beratur di mana2 kaunter pun. Ikutkan masa tu, no. flight kitaorang tak appear pun lagi kat screen. Tapi tengok queue pun dah sampai kebelakang, Shu beratur je la dulu ngan Alang, nak sampai ke depan pun amik masa gak. Sementara tu, Nurul & my SIL duduk makan dulu, gilir2 take turn, dah habis makan pun, kitaorang masih dalam queue.

time ni kaunter belum buka lagi, masih tenang

Sampai kat kaunter, sebelum letak luggage Shu confirmkan dulu boleh ke kitaorang check-in luggage walaupun flight kitaorang tak appear lagi kat screen. Balasnya, boleh je, so kitaorang proceed hantar barang2 kitaorang yang nak masuk kargo.

Settled kat kaunter check-in, kitaorang terus meuju ke Balai Pelepasan, pergi ke kaunter Imigresen dan custom check. Masa kat kaunter Imigresen, boleh plak Shu tak perasan Shu tertukar passport dengan kakak Shu. Slumber je proceed ke kaunter Imigresen, Alang masa tu kat toilet, lepas plak tu kat kaunter Imigresen dapat cop. Bila turn Alang nak amik cop, baru la pegawai Imigresen perasan, muka lain. Nasib baik, Shu masih kat situ lagi dan terus ke kaunter buat pengesahan. Adoi... boleh pulak la pegawai Imigresen tu tak verify muka Shu masa Shu nak amik cop.

Since kitaorang check-in awal, bermula lah episode kitaorang melangok kat airport, find our own activities, layan lagu, fb, movies,ulan- alik toilet sampai la flight kitaorang sampai.


Macam yang shu cerita kat entry bandung Day 1, airport Bandung dah baru, jadi agak selesa la nak duduk lama pon. Kalau nak tido ada sudut dan beberapa tempat disediakan. Kalau nak bunuh masa dengan surfing internet, ada beberapa komputer disediakan. Nak charge phone pun ada beberapa sudut sediakan. Sapa2 yang ada bawak anak kecil, boleh biarkan anak-anak main kat playground. Kedai buku pun ada, kalau nak minum kopi pun boleh didapati di kiosk Mayasari. Those yang tak sempat nak beli ole2 atau masih ada balance rupiah, boleh la dibelanjakan di sini. Tak la besar macam KLIA2 tu, tapi ok la dengan apa yang ada.


Tengah tunggu Nurul keluar toilet pun sempat lagi nak selfie degan potret kat belakang ni. Di dinding2 balai pelepasan ni tergantung beberapa lukisan seni.


Sampai hari last day kat Bandung ni, Shu masih ada balance Rupiah, termasuk notes selit2 untuk dibuat kenang2an setiap satu. tak tahu nak belanja apa lagi. Sayang nak tinggalkan Bandung dan bertemu ke dunia reality. Mana taknya, 5 hari tak payah fikir pasal kerja, hal rumah. Yang pening sikit bila fiir duit makin susut je. hahahaha

Kitaorang dah jatuh hati dengan Bandung ni. Belum balik lagi, dah ada plan nak datang lagi. Mudah2 ada kesempatan lagi untuk kitaorang ke sini, tapi bukan lah dalam masa terdekat dalam keadaan Bandung yang under renovation. Tunggu la Bandung yang baru, then boleh plan datang Bandung lagi.

 More entries on Bandung 2016 Trip

Tuesday, October 25, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 4

Hari Ke-4 di Bandung, baru lah Agus bawa actual mobil yang kitaorang pilih masa booking, jenis Suzuki APV kaler Maroon. Merasa 3 jenis kete kitaorang kat sini, tapi MPV yang kitaorang guna untuk 2 hari sebelum ni lagi best. Tapi hari ni punya pun not bad gak.

Seperti yang dipesan, Agus belikan Lontong 4 bungkus untuk kitaorang. Jadi makan dululah dalam kereta. Lupa nak snap, tapi memang superb rasanya, semestinya lain daripada lontong kita, kuahnya rasa manis2 lemak, ada pedas sikit. I like it. Settle makan, baru start jalan2.

Hari ke-4 ni, tempat utama untuk dilawati adalah ke area Lembang. Biasaya, traveller kalau ke sini, mesti akan tuju ke Tangkuban Perahu. Memang kitaorang teringin sangat nak ke sini, tapi bila dapat tahu tiket masuk yang agak mahal untuk foreigner, dan tak berapa berbaloi, kitaorang decided not to go. Dengan nilai tiket tu bagi Shu, masuk TransStudio lagi murah & berbaloi. Tak ralat sangat la, sebab kitaorang dah visit Kawah Putih yang mempesonakan itu pun dah beruntung. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi tourist attraction kat Lembang ni kalau tak ke Tangkuban Perahu. Jom! teruskan membaca.

Kedai Kain M Collection

Sebelum ke Lembang, kitaorang singgah ke Kedai Kain M Collection. Ini lah kedai yang Agus recommend tu. Mulanya memang cancel plan nak ke sini since dah memborong kat Jalan Kopo. Tapi last minute Mr. Hubby kirim kain Telekung Sulam beberapa pasang untuk dibawa balik visit keluarga dia di Pakistan nanti, singgah jugala. Lokasi kedai ni sejalan dengan ke arah Lembang. So, sebelum jalan2, singgah shopping dulu pagi2, we all 1st customer hari tu, haruslah claim harga pecah telur...

Kedainya 2 tingkat, tingkat bawah ada pelbagai pilihan kain pasang sulam dan kain telekong. Shu lupa nak tengok kat atas, tapi kakak Shu jengah, katanya kat atas ada kain batik dan barangan lelaki.


Stick to the plan, kain telekong sahaja dan add-on kebaya top untuk Ajwa material Prada. Time Shu pergi ni, kain pasang Sulam jenis Prada yang latest kataye. Shu tak arif nak terangkan bagaimana materialnya, but nice la kainnya. Pada pendapat Shu, bandingkan dengan Kedai Kain Jalan Kopo, dari segi harga, murah lagi kat Jalan Kopo. Shu ada gak beli kain pasang sulam Prada kat Jalan Kopo dengan harga cuma 130000Rp tapi kalau kat sini harga letak, 170000Rp. Nasib kitaorang hari tu, dapat discount lebih sikit, sebab harga pecah telor kot. Tapi kalau dari segi pilihan, kat sini lagi banyak banyak pilihan. Additional information, kalau datang awal, boleh beli kain kat sini dan tempah terus, dalam sehari dua boleh siap.

Sementara memilih tu, kitaorang dijamukan dengan minuman yang kitaorang boleh pilih. Sebelum berangkat, bergambo dengan owner kedai yang sangat peramah & mesra pelanggan.


Farmhouse Susu Lembang

Masa kitaorang sampai, elok2 je tempat baru dibuka waktu operasinya. Jadi berpusu2 la orang masuk. Walaupun hari berkerja, tetap menerima ramai kunjungan tak kira dari orang tempatan mahupun luar. Secara ringkasnya, tempat ini merupakan sebuah taman yang bercirikan binaan Eropah (ala2 Bukit Tinggi di Malaysia). Terdapatnya petting Zoo, taman Arnab, pelbagai ternakan seperti lembu, kambing. Boleh cuba susukan lembu disini. Specialnya disini ada rumah Hobit macam dalam filem Lord of The Rings. Kalau nak lebih feel Eropah, boleh sewa Traditional costume wanita Eropah. Masa kitaorang visit ni, ada sekumpulan makcik yang sewa costume ni, cantik kitaorang tengok. Disebabkan yang pakai tu ramai, terasa macam betul2 kat Eropah, tambah lagi dengan suasananya yang sejuk dan kehijauan disekitarnya.

Dengan gambaran diatas, this is consider one of the best place for photoshoot. Sebelum masuk, awal2 Agus dah pesan suruh masuk 1 jam sahaja, takut tak sempat ke tempat lain. Hahahahaha... dia dah faham kitaorang yang suka bergambar. So... seterusnya, biar la gambar2 yang berbicara.








Rombongan kanak-kanak sekolah
Sebelum keluar, tukar tiket masuk dengan secawan susu di kaunter khas yang disediakan. Agak besar cawannya, amik masa nak habiskannya. Ada 3 pilihan perisa; Original, strawberry & coklat. Shu pilih Strawberry, sedap, tak manis tak likat, My SIL yang tak berapa minum susu pun boleh terima. Rasa berbaloi dengan system ni, bayar tiket masuk, dapat percuma air. Just like what you give, you get back.


Kopi Luwak Cikole

Next kita visit Kilang Pemprosesan Kopi Luwak. Asalnya tak de plan pun nak datang sini. Shu saje tanye, nak minum kopi sedap kat Bandung ni, terus dia bawak kitaorang ke sini. Sesampai je sini, akan ada seorang jurucakap yang akan sambut kita dan seterusnya menjadi tour guide. Adi jurucakap kitaorang, katanya rules kat sini, kalau nak minum kopi kene tengok dulu bagaimana kopi Luwak ini diproses. Okay... layankan je.. 

Sangat mudah nak faham penerangan si Adi ni ada juga diselitkan unsur2 humor, so tak boring la nak dengar penerangan dia. Panjang step pemprosesannya dan banyak khasiatnya. Jadi tak mustahil la dikatakan kopi paling mahal di dunia. 


Shu berpeluang mendokong musang Luwak yang digunakan untuk menghasilkan kopi Luwak ni. Shu cuma depakan lengan Shu, then Adi letak je musang tu kat lengan Shu, belai2 tu memang idak la kan, takut2 berani je Shu time tu. Tapi Shu sentuh la bulunya, memang lebut dan bersih. Menurut Adi, musang jantan lebih wangi yang berfungsi untuk attract musang betina. yang Shu dokong tu harus lah musang jantan, tak kuasa nak dokong musang betina yang busuk itu. hahahaha..


Finally, baru la dapat duduk nak merasa Kopi Luwak tu. Jap, belum dapat minum lagi, ada lagi explanation, jenis2 peminum kopi bagaimana gaya minum kopi dan selit2 gak ayat marketing. Shu macam pernah rasa sebelum ni, tapi bukan yang pure kopi luwak, maksudnya bukan kopi hitam. Consider ni 1st time rasa real kopi Luwak la. Sepaket kopi tu boleh bancuh untuk 2 cawan. Kitaorang beli sepaket je, pahit sangat kopinya. Walaupun Shu ni peminat kopi, tapi kopi luwak ni, not really to my liking. Dijamukan dengan sejenis kuih traditional, lupa namanya tapi memang kitaorang nak boleh telan kuih tu, rasa rempahya too strong.


Floating Market

This another choice of place to visit bila ke Lembang. Shu memang aimed nak datang sini, yang pastinya nak makan2 lah. Since we had limited time to go for food hunting, let's have it all in here. Macam tempat yang sebelum ni, duit tiket masuk dan parking kitaorang kasi kat Agus tolong bayarkan.
Bergambar di replika Perahu di hadapan main enterance

FYI, tiket masuk tu boleh ditukar dengan secawan minuman. Shu ingat memula tu, kaunter penukaran di main entrance sahaja, tu yang tukar siap2. Kalau tau kat dalam kawasan floating market pun ada, baik tukar je kat situ. Tak perlu la nak bawak ke hulu kehilir cup tu.  Tenang sikit nak berphotoshoot.

Pelbagai pilihan air yang boleh dipilih


Masuk ke kawasan ini, kita boleh expect bukan hanya sekadar floating market semata-mata. Masuk sahaja boleh lihat tasik yang terbentang dan tenang mata memandang dengan susunan lanskap yang menarik. Malangnya, Shu tak mampu nak jejak keseluruhan taman ini sebab floating market tu dah memanggil2, perut pun dah berkeroncong, penat nak jalan pun ye. So kitaorang bergambar kat mana yang kitaorang lalu je.





Agak lama kitaorang singgah ke sini, terus sekali lunch. FYI, urusan jual beli di sini menggunkan token, wang tunai tak diterima. Tapi kalau nak tukar token tu, pandai2 la estimate, sebab lebihan token yang tak digunakan, tidak boleh ditukar semula kepada wang tunai. So, I suggest, round2 dulu visit setiap gerai sampan, pilih apa yang berkenan nak makan, take note of the price per meal, then change coins accordingly. So untuk permulaan, Shu tukar 50000 Rupiah sahaja share dengan Nurul.

Token untuk urusan jual beli
Boleh dikatakan, konsepnya serupa dengan system food court, di sediakan tempat duduk yang banyak. Uniknya, gerai mereka berupa sampan tersusun di atas tasik. Segala penyediakan makanan disediakan di atas sampan. 


Antara makanan-makanan yang kitaorang cuba

Sengaja memilih tempat duduk betul-betul sebelah tasik untuk menikmati panorama yang indah. Lagi2 sebelah tempat duduk kitaorang dipenuhi dengan sekumpulan ikan kaloi yang besar2. Kalau nak kasi makan kat ikan-ikan ni, makanannya boleh di beli dengan harga 5000 Rp sahaja. Kalau ada balance token tu dan dah tak tau nak beli makanan apa, boleh la kasi makan ikan2 ni. 


Rumah Mode (Repeat) - Kartika Sari - Amanda Brownies

Once again, kitaorang visit Rumah Mode sebab Nurul nak beli bag tangan buat hantaran. Semalam dia pegi tengah sakit, so otak tak leh nak fikir betul, masih ragu2. Lepas2 tu baru dia decide nak beli tapi malangnya kaler beg yang dia berkenan tu dah sold out. Alternatively, beli yang same design but different pattern and color.

Then gerak ke Kartika Sari untuk belikan kiriman kawan. Sampai 3 bungkus kawan Shu kirim Bagelan Cheese ni. Shu pun beli gak la satu. Bila dah rasa, sedap okay... rasa rugi plak beli satu. patut pun la masa balik nampak orang2 malaysia berbeg2 bagelan cheese diaorang angkut.


Orang kata brownies Amanda lagi sedap. Tapi bagi Shu lepas dah rasa kedua2nya, brownies Kartika Sari lagi win. Ini merujuk kepada Choc Brownies Bakar. Tapi menariknya, Kat Amanda Brownies ni ada pelbagai pilihan flavour dan harganya yang lebih murah berbanding Kartika Sari. Sebagai contoh brownies kat Kartika Sari berharga 80000Rp, tapi kat Amanda cuma 40000Rp. Bila hujung2 ni, duit dah tinggal tunggu masa nak balik je, haruslah beli yang murah. Brownies kat Amanda ni, better beli nak dekat2 balik, sebab cepat berkulat.


Paskal Food Market

Cawangan Amanda Brownies yang Agus bawa kitaorang ni berhampiran sangat dengan Paskal food Market. Alang2, makan dinner terus lah kat sini. Agak besar kawasannya, kebanyakan tempat duduk under open air, bawah bumbung pun ada tapi limited, ada juga bawah pondok2. Memang betul, sini ada pelbagai pilihan makanan tempatan, tapi kene sangat berhati2 untuk kita yang sebagai muslim, sebab kat sini pun ada jual makanan non-halal. So baca menu elok-elok, tak paham tanye, ragu2 pun tanye. So, disebabkan dah tersampai kat sini, maka kita cari makanan yang selamat lah ye.

Dinner of the day

Water fountain at the entrance of Pascal Food Market

Masa kitaorang datang sini, waktu lewat petang. Orang kata kalau pergi waktu malam lagi happening, ada live band. Lepas makan, terus balik. Plan nak ke Paris Van Java pun cancel. Bila dah kering ni, mood nak jalan2 dah out. Marilah balik dan berkemas untuk pulang esok.

Damage of the day (Tak termasuk Shopping)

Brekafast : 10,000Rp
Ticket masuk Farmhouse Susu Lembang : 20,000 Rp
Parking kereta  : 10,000 Rp
Kopi Luwak secawan : 50,000 Rp / 2 = 25,000 Rp
Ticket masuk Floating Market : 20,000 Rp
Parking kereta  : 10,000 Rp
Belanja makan @ Floating Market : 50,000 Rp
Bagelan Cheese @ Kartika Sari (1) : 46,000 Rp
Amanda Brownies : 65,000 Rp
Dinner @ Paskal Food Market : 48,200 Rp (termasuk minuman utk 2 org)

Total = 304,200 Rp

More entries on Bandung 2016 Trip



Friday, October 21, 2016

Cuti-cuti Bandung : Day 3

Hari ke-3 ni sepatutnya kitaorang ke area Lembang. Tapi Nurul pagi2 perut meragam dah beberapa kali keluar masuk toilet. Ikutkan hati dia, dia tak mau ikut trip hari tu. Tapi, mana boleh, kita nak jalan jauh tinggal dia sorang2 kat bilik hotel. Paksa gak dia follow. Tu la, malam tadi mulut cabul, kate malas nak ikut, nak lebak bilik hotel je. Haaaa... your wish come true, sekali dapat cash. Hampir2 tak boleh ikut.

Firstly gi Money changer dulu, sebab masing2 dah kering, baru nak masuk hari ke-3 oiiii!!! On the way to money changer, Nurul termuntah pulak dalam kete. Kitaorang dah tak sedap hati, nampak gaya macam perut masuk angin. Tak sure apa punca, nak kate sebab makan kat kaki 5 semalam, kitaorang ni okay je. Lepas selesai dari Money Changer, gi breakfast. Agus bawakan kat satu gerai dekat dengan petrol station. Ada 2 gerai bersebelahan; gerai Soto Ayam dan bubur. 


Kali ni Shu try Soto. Rupa Soto nya ada campuran bihun dan nasi berserta rencahnya yang lain seperti hirisan ayam, telur rebus, kacang soya goreng, sayuran. Rasa supnya masin2 sikit in a way, I like it. Harga standard breakfast kat sini, 10000Rp aje.






Agus belikan ubat Tolak Angin. Tawakal je la, suruh Nurul telan ubat tu yg dibancuh dengan air teh panas. Pagi tu hilang selera makan dia, kesian tengok dia, lembik, pucat dan monyok je. Tapi feedback dari dia, lepas makan ubat tu, perut mulai rasa selesa. Kira mujarab la ubat yang Agus belikan tu. Bagus Agus ni, ambil berat bila ada kalangan kami dalam kesukaran. Lepas tu dia pergi bersihkan kereta.


Budak tak sihat yang liat nak  makan ubat tolak angin, kitaorang pastikan dia habis minum
Dalam tengah2 breakfast tu, kitaorang discuss untuk tukar plan trip hari tu. Dalam keadaan Nurul yang tak sihat, kitaorang nak jalan2 dalam bandar je instead of jalan jauh ke Lembang. At least kalau Nurul nak lepak dalam kereta je pon boleh.

Rumah Mode

Antara Factory Outlet yang wajib singgah walaupun tak berbelanja. Interior and exterior yang cantik dengan decoration ala2 Bali. Banyak spot untuk bergambar. Kat sini jalan2 cuci mata je dan singgah toilet je. 




Cantik toilet kat Rumah Mode ni, nak lepak pon boleh

Ramai yang recommend suruh makan roti susu kat sini, tapi masih kenyang lagi masa tu, jadi tak merasa la. Saje nak suruh datang lagi la tuh!

Jalan Cihampelas

Berjalan disepanjang jalan bermula daripada drop spot, kitaorang singgah sekejap2 je kat kedai yang berkenan. Biasa2 je pada mata ni. Lalu kat Ci-Walk, Nurul nampak JCo Donut, dia nak beli yogurt ice cream. Tadi masa breakfast pun dia tak makan sangat, dan kitaorang pun tak de hala tuju, why not kan. Meh kita rasa JCo donut dari tempat asalnya.



Keluar dari Ci-Walk, teruskan lagi menyulusuri sepanjang jalan Cihampelas. Singgah outlet Harga Top d'Sale, nak cari baju anak2. Dapat apa yang di cari, blouse putih untuk Ajwa dan T-Shirt merah untuk Saqlain seperti yang dimintanya. Kene pandai2 korek, boleh dapat yang cantik dan elok kualitinya, all below 100,000Rp, ada discount 10% lagi tuh =)

Kedai Kerepek Genah Rasa

Kedai ni Agus yang recommend. Kebanyakan kerepek2 kat sini diproses dan dibuat disini. Ada yang dah pre-pack, tapi dah semestinya kitaorang nak yang baru. 

Masa kat kedai tu, kitaorang nampak la tempe yang digunakan untuk buat kerepek tempe. Besar2 blok tempenye, dan begitu teliti diaorang potong tempe tu kasi nipis2.


Kitaorang request untuk bungkuskan ikut berat yag kitaorang nak. Senang nanti nak distribute buat ole2. Contoh macam Shu beli pisang salei cheese 1kg, tapi minta dibungkuskan kepada 100g, so dapat la 10 pek. Tetiba je kan diaorang jadi busy lepas kitaorang datang, sampaikan Agus kene tolong bungkuskan hasil belian kitaorang, siap2 dimasukkan ke dalam kotak. Kalau kumpulan korang ada plan nak beli banyak2 gaya memborong, better beli kat sini, lebih jimat. Tapi kalau sikit2, mana2 pun ada dijual.


Settle kat sini, repeat ke Pasar baru sekali lagi, memandangkan kelmarinnye tak habis cari barang lagi dek kerana kelaparan. Tapi kali ni pergi pun time limited, sebab Pasar baru tutup pukul 5pm. Kitaorang sampai pun dah pukul 3 lebih. Cepat2 cari apa2 yang nak dicari.

Skali lagi, kitaorang request ngan Agus untuk  Abah attend kitaorang kat Pasar Baru. Nasib Abah available masa tu.

with Abah
FYI, menurut Agus, bangunan Pasar Baru akan mula diubahsuai bermula pada tahun hadapan. So, kemungkinan, Pasar Baru akan ditutup sementara waktu pada tahun hadapan. Bangunan baru Pasar Baru dalam pembinaan yang terletak disebalahnya sahaja. Shu ada bertanya bagaimana peniaga2 sedia ada? Jawab Agus, mereka perlu pindah keluar jugalah sementara waktu, ada sebahagiannya mungkin akan beroperasi dari rumah. Hmmm.. nasib time kitaorang datang ni, Pasar Baru masih beroperasi.

Lunch/Dinner @ Iga Bakar

Bila dah petang baru rasa lapar, Agus bawa ke Restaurant Iga Bakar. Iga atau nama yang lebih kita kenali Tulang Rusuk. Tapi Shu tak order pun tulang Rusuk. Shu nampak mee, as a noodle lover, wajib la nak try rasa mee Indonesian style. Mee Goreng Daging, goreng kering, memang kene la dengan my test bud, kalo pedas sikit mesti sedap. Since nurul nak try skit, Shu order tak pedas langsung.


Kat sini ada disediakan surau. But don't be surprise, suraunya bercampor laki2 dan wanita.

Lepas makan, ada masa lagi, kitaorang akhiri dengan night tour. Kitaorang request kat Agus bawakan kitaorang ronda2 bandar Bandung di malam hari, pusing-pusing. Menyelusuri jalan-jalan popular di Bandung seperti Jalan Afrika, Braga street yang mana siang merupakan jalan yang dipenuhi dengan lukisan2 hasil seni anak tempatan, dan apabila malam bertukar rupa menjadi pub2, tempat untuk berlibur dimalam hari. Apabila melalui bangunan2 bersejarah, Agus tidak berat menceritakan tentang setiap mercu tanda dan kisahnya. Bagus Agus ni, dia ada pengetahuan yang baik pasal bandung tempat asal usulnya, tanya apa saja, most of the time dia boleh jawab, boleh diceritakan.

Lagi satu, Agus juga beritahu yang seluruh Bandung sekarang dalam proses pengubahsuaian di mana seluruh bandar Bandung ini nak dinaik taraf dan hendak dikelompokkan. Contohnya kat Jalan Dago bakal dijadikan kawasan office. Even sekarang ni, banyak Factory Outlet yang dah move out dari Jalan Dago. Banyak tepi2 jalan yang sudah dipecah, sama ada hendak dibesarkan atau mungkin menjadi spot laluan MRT. Yup, Bandung bakal ada MRT, so boleh imagine la macam mana keadaan KL yang messy dalam tempoh pembinaan MRT, begitu jugalah rupanya Bandung nanti for the next few years. Tapi once dah siap, Shu rasa untung juga buat traveller luar, mungkin traveller dah tak perlu khidmat supir sepenuh masa. Setakat jalan2 dalam bandar, guna je MRT, dapat elak dari macet. 

Sebelum balik hotel, drop by kejap kat Amanda Brownies, konon nak beli sikit2, potong kecik2 buat rasa, tapi tak de. Beli terus je la nanti, 

Damage of the day (exclude Shopping)

Breakfast : 10,000 Rp
Ole2 @ Genah Rasa : 160,000 Rp
JCo Donut : 70,000 Rp (tak berapa ingat exact amount, tapi lebih kurang ni la bayar kat my SIL)
Dinner @ Iga Bakar : 48,000 Rp

Total = 288,000 Rp

More entries on Bandung 2016 Trip