Hari ke-3 ni sepatutnya kitaorang ke area Lembang. Tapi Nurul pagi2 perut meragam dah beberapa kali keluar masuk toilet. Ikutkan hati dia, dia tak mau ikut trip hari tu. Tapi, mana boleh, kita nak jalan jauh tinggal dia sorang2 kat bilik hotel. Paksa gak dia follow. Tu la, malam tadi mulut cabul, kate malas nak ikut, nak lebak bilik hotel je. Haaaa... your wish come true, sekali dapat cash. Hampir2 tak boleh ikut.
Firstly gi Money changer dulu, sebab masing2 dah kering, baru nak masuk hari ke-3 oiiii!!! On the way to money changer, Nurul termuntah pulak dalam kete. Kitaorang dah tak sedap hati, nampak gaya macam perut masuk angin. Tak sure apa punca, nak kate sebab makan kat kaki 5 semalam, kitaorang ni okay je. Lepas selesai dari Money Changer, gi breakfast. Agus bawakan kat satu gerai dekat dengan petrol station. Ada 2 gerai bersebelahan; gerai Soto Ayam dan bubur.
Kali ni Shu try Soto. Rupa Soto nya ada campuran bihun dan nasi berserta rencahnya yang lain seperti hirisan ayam, telur rebus, kacang soya goreng, sayuran. Rasa supnya masin2 sikit in a way, I like it. Harga standard breakfast kat sini, 10000Rp aje.
Agus belikan ubat Tolak Angin. Tawakal je la, suruh Nurul telan ubat tu yg dibancuh dengan air teh panas. Pagi tu hilang selera makan dia, kesian tengok dia, lembik, pucat dan monyok je. Tapi feedback dari dia, lepas makan ubat tu, perut mulai rasa selesa. Kira mujarab la ubat yang Agus belikan tu. Bagus Agus ni, ambil berat bila ada kalangan kami dalam kesukaran. Lepas tu dia pergi bersihkan kereta.
Budak tak sihat yang liat nak makan ubat tolak angin, kitaorang pastikan dia habis minum |
Dalam tengah2 breakfast tu, kitaorang discuss untuk tukar plan trip hari tu. Dalam keadaan Nurul yang tak sihat, kitaorang nak jalan2 dalam bandar je instead of jalan jauh ke Lembang. At least kalau Nurul nak lepak dalam kereta je pon boleh.
Rumah Mode
Antara Factory Outlet yang wajib singgah walaupun tak berbelanja. Interior and exterior yang cantik dengan decoration ala2 Bali. Banyak spot untuk bergambar. Kat sini jalan2 cuci mata je dan singgah toilet je.
Cantik toilet kat Rumah Mode ni, nak lepak pon boleh |
Ramai yang recommend suruh makan roti susu kat sini, tapi masih kenyang lagi masa tu, jadi tak merasa la. Saje nak suruh datang lagi la tuh!
Jalan Cihampelas
Berjalan disepanjang jalan bermula daripada drop spot, kitaorang singgah sekejap2 je kat kedai yang berkenan. Biasa2 je pada mata ni. Lalu kat Ci-Walk, Nurul nampak JCo Donut, dia nak beli yogurt ice cream. Tadi masa breakfast pun dia tak makan sangat, dan kitaorang pun tak de hala tuju, why not kan. Meh kita rasa JCo donut dari tempat asalnya.
Keluar dari Ci-Walk, teruskan lagi menyulusuri sepanjang jalan Cihampelas. Singgah outlet Harga Top d'Sale, nak cari baju anak2. Dapat apa yang di cari, blouse putih untuk Ajwa dan T-Shirt merah untuk Saqlain seperti yang dimintanya. Kene pandai2 korek, boleh dapat yang cantik dan elok kualitinya, all below 100,000Rp, ada discount 10% lagi tuh =)
Kedai ni Agus yang recommend. Kebanyakan kerepek2 kat sini diproses dan dibuat disini. Ada yang dah pre-pack, tapi dah semestinya kitaorang nak yang baru.
Masa kat kedai tu, kitaorang nampak la tempe yang digunakan untuk buat kerepek tempe. Besar2 blok tempenye, dan begitu teliti diaorang potong tempe tu kasi nipis2.
Kitaorang request untuk bungkuskan ikut berat yag kitaorang nak. Senang nanti nak distribute buat ole2. Contoh macam Shu beli pisang salei cheese 1kg, tapi minta dibungkuskan kepada 100g, so dapat la 10 pek. Tetiba je kan diaorang jadi busy lepas kitaorang datang, sampaikan Agus kene tolong bungkuskan hasil belian kitaorang, siap2 dimasukkan ke dalam kotak. Kalau kumpulan korang ada plan nak beli banyak2 gaya memborong, better beli kat sini, lebih jimat. Tapi kalau sikit2, mana2 pun ada dijual.
Settle kat sini, repeat ke Pasar baru sekali lagi, memandangkan kelmarinnye tak habis cari barang lagi dek kerana kelaparan. Tapi kali ni pergi pun time limited, sebab Pasar baru tutup pukul 5pm. Kitaorang sampai pun dah pukul 3 lebih. Cepat2 cari apa2 yang nak dicari.
Skali lagi, kitaorang request ngan Agus untuk Abah attend kitaorang kat Pasar Baru. Nasib Abah available masa tu.
with Abah |
FYI, menurut Agus, bangunan Pasar Baru akan mula diubahsuai bermula pada tahun hadapan. So, kemungkinan, Pasar Baru akan ditutup sementara waktu pada tahun hadapan. Bangunan baru Pasar Baru dalam pembinaan yang terletak disebalahnya sahaja. Shu ada bertanya bagaimana peniaga2 sedia ada? Jawab Agus, mereka perlu pindah keluar jugalah sementara waktu, ada sebahagiannya mungkin akan beroperasi dari rumah. Hmmm.. nasib time kitaorang datang ni, Pasar Baru masih beroperasi.
Bila dah petang baru rasa lapar, Agus bawa ke Restaurant Iga Bakar. Iga atau nama yang lebih kita kenali Tulang Rusuk. Tapi Shu tak order pun tulang Rusuk. Shu nampak mee, as a noodle lover, wajib la nak try rasa mee Indonesian style. Mee Goreng Daging, goreng kering, memang kene la dengan my test bud, kalo pedas sikit mesti sedap. Since nurul nak try skit, Shu order tak pedas langsung.
Kat sini ada disediakan surau. But don't be surprise, suraunya bercampor laki2 dan wanita.
Lepas makan, ada masa lagi, kitaorang akhiri dengan night tour. Kitaorang request kat Agus bawakan kitaorang ronda2 bandar Bandung di malam hari, pusing-pusing. Menyelusuri jalan-jalan popular di Bandung seperti Jalan Afrika, Braga street yang mana siang merupakan jalan yang dipenuhi dengan lukisan2 hasil seni anak tempatan, dan apabila malam bertukar rupa menjadi pub2, tempat untuk berlibur dimalam hari. Apabila melalui bangunan2 bersejarah, Agus tidak berat menceritakan tentang setiap mercu tanda dan kisahnya. Bagus Agus ni, dia ada pengetahuan yang baik pasal bandung tempat asal usulnya, tanya apa saja, most of the time dia boleh jawab, boleh diceritakan.
Lagi satu, Agus juga beritahu yang seluruh Bandung sekarang dalam proses pengubahsuaian di mana seluruh bandar Bandung ini nak dinaik taraf dan hendak dikelompokkan. Contohnya kat Jalan Dago bakal dijadikan kawasan office. Even sekarang ni, banyak Factory Outlet yang dah move out dari Jalan Dago. Banyak tepi2 jalan yang sudah dipecah, sama ada hendak dibesarkan atau mungkin menjadi spot laluan MRT. Yup, Bandung bakal ada MRT, so boleh imagine la macam mana keadaan KL yang messy dalam tempoh pembinaan MRT, begitu jugalah rupanya Bandung nanti for the next few years. Tapi once dah siap, Shu rasa untung juga buat traveller luar, mungkin traveller dah tak perlu khidmat supir sepenuh masa. Setakat jalan2 dalam bandar, guna je MRT, dapat elak dari macet.
Lagi satu, Agus juga beritahu yang seluruh Bandung sekarang dalam proses pengubahsuaian di mana seluruh bandar Bandung ini nak dinaik taraf dan hendak dikelompokkan. Contohnya kat Jalan Dago bakal dijadikan kawasan office. Even sekarang ni, banyak Factory Outlet yang dah move out dari Jalan Dago. Banyak tepi2 jalan yang sudah dipecah, sama ada hendak dibesarkan atau mungkin menjadi spot laluan MRT. Yup, Bandung bakal ada MRT, so boleh imagine la macam mana keadaan KL yang messy dalam tempoh pembinaan MRT, begitu jugalah rupanya Bandung nanti for the next few years. Tapi once dah siap, Shu rasa untung juga buat traveller luar, mungkin traveller dah tak perlu khidmat supir sepenuh masa. Setakat jalan2 dalam bandar, guna je MRT, dapat elak dari macet.
Sebelum balik hotel, drop by kejap kat Amanda Brownies, konon nak beli sikit2, potong kecik2 buat rasa, tapi tak de. Beli terus je la nanti,
Damage of the day (exclude Shopping)
Breakfast : 10,000 Rp
Ole2 @ Genah Rasa : 160,000 Rp
JCo Donut : 70,000 Rp (tak berapa ingat exact amount, tapi lebih kurang ni la bayar kat my SIL)
Dinner @ Iga Bakar : 48,000 Rp
Total = 288,000 Rp
More entries on Bandung 2016 Trip
sedapnya pisang cheese tu. trip opis ea Shu (bahana tak baca entry lepas2) sorry tanya.
ReplyDeleteda stay at home mom ni, jgn kan pergi bercuti, pergi shopping pun tidak tau. hahaha!
Memang sedap cha pisang cheese tu, lumayan cheese & choc nye. Shu pun, baru tahun ni berpeluang nak bercuti2. Setahun plan dengan kakak2 & anak buah, kira ni trip adik beradik la a.k.a ladies trip
DeleteBismillah..
ReplyDeleteAssalam / Salam sejahtera Tuan,puan,abang dan kakak.
Jom gi bandung!! Habiskan masa terbaik tuan/puan abang dan kakak disini Kami bisa hantarkan untuk berpusing pusing dengan harga jimat dan service bintang 5 tuan/puan bisa bersenang senang menikmati cantik nya kota bandung. Sila hubungi IRDI TOUR BANDUNG berkenaan promosi percutian di Bandung,atau melayari
Harga sewa Kereta per Day :
# Suzuki APV/ Toyota Avanza/ Daihatsu Luxio/ Nissan Evalia [6-7 seat]
Rate: IDR 350.000
# Toyota Innova [8 seat]
Rate: IDR 500.000
# Kia Pergio [9-10 Seat]
Rate: IDR 500.000
# Coaster Isuzu Elf Short [11-12 seat]
Rate: IDR 600.000
# Coaster Isuzu Elf Long [19 seat]
Rate: IDR 800.000
# Toyota Hiace Commuter [15 seat]
Rate: IDR 850.000
*Include : Minyak, Parking fee, Tol, Driver, Drivel meal and kereta
*Exclue : Entrance fee ke tempat-tempat Pelancongan untuk persons dan kereta.
Untuk tempat lawatan boleh ikut tentatif program yang sudah di sediakan atau ikut plan sendiri.
Harga yang kami tawarkan pun boleh kira jimat sangat dan berbaloi.
Bila berminat boleh berurusan dengan saya melalui :
Whatsapp : +6281214741600
Whatsapp : +6281220477335
FB Syarikat : Irdi wati
Fanspage : IRDI TOUR BANDUNG
Email : irditourbandung@gmail.com
Website : www.keretamurahpelancongan.blogspot.com
Dijamin Irdi Tour Bandung bagi harga sangat murah dan berpatutan serta layanan yang sangat baik Facebook Irdi tour Bandung amat mengalu-alukan kedatangan Tuan / Puan.
Waalaikumussalam