Cik Shu ni memang dari dulu berbadan besar, maksudnye dari kecik lagi memang gemuk dan tak pernah nak kurus. Menurut mak, kecik2 dulu minum susu kuat sanagt sampai 3 tin besar sebulan. Badan nih, maintain besar sampai la besar. Bila dah besar, baru ada kesedaran nak menguruskan badan, tapi tak berapa nak berjaya sangat la. Macam-macam dah cuba, ada yang berhasil tapi sekejap je. Sebab ape? sebab Cik Shu tak berdisiplin. Time belajar dulu lagi besar. Kalau tak cayer tgk nih.
Ralat gak, rasanya zaman remaja berlalu begitu saja. Mata ini hanya mampu melihat kawan2 memakai baju yang cantik2. Sedangkan Cik Shu hanya pakai baju kurung, t-shirt straight dan jeans sahaja. Masa kat gambar atas tu, masih belajar lagi kat uitm shah alam, berat dah maksima dah tu, adalah lebih kurang 76 kg. Pakai seluar jeans pun dah ketat sangat2. Bila keadaan dah macam tu, Cik Shu tekad nak diet, Berhenti makan nasi selama sebulan tanpa gagal. Alhamdulillah berat turun, turun, dan turun. Berhenti makan nasi je time tu, lain2 masih bedal lagi. Tapi lama kelamaan, dah tak berapa nak turun. Cuba la macam2 bagai, turun nye sekejap je, kalau tak pun sikit je. Lagi satu, Cik Shu takut nak makan nasi, sebab nasi sepinggan, berat Cik Shu naik 1-2 kg. Jadi, nasi bukan lagi makanan rugi Cik Shu sejak 4 tahun yang lepas.
Actually, dulu officemate pernah perkenalkan diet ni pada Cik Shu tapi dia panggil protein diet. Tapi diet dia lagi melampau, semua tak boleh makan kecuali makanan2 protein. Tu yang Cik Shu tak boleh nak follow, sebab Cik Shu sangat suka makan sayur dan buah2an. Lagi pulak, banyak dengar cerita yang diet ni tak berapa bagus sebab boleh rosakkan hati. Tapi, segalanya berubah, bila khatam membaca
blog adik Dzul dengan jawapan2 bernas daripada adik Dzul dalam setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya.
Jesteru itu, keazaman untuk berdiet secara serius pun datang. Lagipun, tak lama nanti dah nak kahwin, Cik Shu nak nampak cantik. Cik Shu nak turun 12 kg lagi daripada berat sekarang. Gambate!