Salam, Asyik baca blog orang je, bila pulak nak ada blog sendiri, ye tak? akhirnya dapat juga buat blog ni. Semangat nak buat blog ni sebabnya hari2 baca blog diet orang. Sejak dulu cik Shu nak diet, tapi sampai sekarang pun tak kurus2. Harap2 lepas ni lebih bersemangat untuk menjaga pemakanan. Sekurang2nya dapat la keep track apa yang Cik Shu makan hari2.
Lagi satu, kadang2 kita ada pengalaman yang mungkin orang lain tak ada. Jadi blog ini boleh la dijadikan medium perkongsian maklumat. Insyaallah, saya akan cuba rajin2kan tangan untuk update blog ini.
Segala Yang terlebih atau yang terkurang, sila lah tegur dengan berhemah. Sudi2kan lah menjenguk blog saya.
No comments:
Post a Comment