Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Monday, May 31, 2010

Kasut nikah & Sanding

Akhirnya, Cik Shu berjumpa dengan kasut untuk dipakai masa nikah dan sanding nanti setelah berhari2 mencari. Maklumlah, kaki Cik Shu ni saiz 8. Kasut yang disedikan kat butik semuanya saiz 7. Sempit la.
Kasut ni di beli di Walk In, Wangsa Walk Mall. Harga RM79 tapi after less 20%, Cik Shu bayar dengan harga RM63.90.

Pandangan atas

Pandangan Sisi

Overall, puas hati walaupun tak berjumpa dengan kasut idaman hati, tapi still meet my expectation. At least boleh dipadankan dengan baju yang akan cik Shu pakai nanti. Settle 1 task.

Thursday, May 27, 2010

Pre-Invitation


Walimatul Urus akan diadakan pada 4 July 2010, Ahad. Anda semua dijemput, sila berikan nama penuh dan alamat anda untuk kiriman kad jemputan.

Monday, May 24, 2010

Akad Nikah Checklist



1. Perempuan - Noor Shuhada
2. Lelaki - Hamid Mehmood
3. Permohonan Kebenaran Kahwin (Lelaki) - Lengkap
4. Permohonan Kebenaran Kahwin (Perempuan) - 24 May 2010, Lengkap
4.1. Kursus Kahwin - 24/25 Jan 2009 @ Mahligai Firdaus, Setiawangsa
4.2. HIV Test - 7 April 2010, -ve
4.3. Permohonan wali - 10 May 2010, Diluluskan
4.4. Pengesahan Penolong Pendaftar Nikah - 17 April 2010
4.5. Pengesahan Pendaftar Nikah - 19 April 2010
5. Tetapkan tarikh Nikah - 3 Jun 2010, 10 am
6. Tempat - Pejabat Agama, Klang
7. Akad Nikah


Saturday, May 22, 2010

Hunting for Mak Andam

Owhhhhh hari ni Cik shu akan marataon dari butik kebutik. Ada 4 butik yang cik shu nak serbu disekitar klang. Butik2 ni cik shu dah survey melalui blog, make up ok, koleksi baju yg baru2 pun banyak. Yang paling penting, harganya sangat berpatutan. Pakej andaman dan fotografi boleh dapat bawah 3k ok. Later, cik shu akan buat review untuk butik2 yang cik shu lawat yer. Mr. Fiancee dah warning awal2 suruh pesan kat mak andam jangan make up cik shu terlalu tebal sampai dia tak kenal cik shu. uhh.... tak boleh la cik shu nak vogue lebey skit.

Mr fiancee agak cerewet gak. Ni lagi satu yang buat cik shu pening kepala. Ada beberapa warna yang dia tak pakai masa hari bersanding, yang mana kenbanyakan warna2 itu adalah pilihan Cik Shu, Merah, Pink, Dark Purple, Gold, Kuning. So, ape aje pilihan warna yang ada?

Hari ni jugak la cik shu baru nak tempah kad di sini. Semuanya dari kelang. Cik shu tak nak jauh2, ape2 hal senang nak adjust. Banyak pengalaman kawan2 cik shu yang cari vendor jauh2 dan vendor2 yang HOT menghadapi banyak masalah. Kalau yang Hot tu tau2 je la, permintaan untuk mereka sangat tinggi, sampai kan timing pun nak ikut timing diaorang. Padahal kita yang nak kahwin ni. Yang jauh2 plak, ade je yang tertinggal, bila dah jauh takkan lah nak patah balik pulak kan.

Cik Shu tak nafikan sesiapapun nak the best for their wedding tapi untuk berbelanja, biarla ukur di badan sendiri. Kalau bajet sikit macam cik shu ni, kene kerja keras la untuk survey tempat2 yang murah tapi mampu beri perkhidmatan dan kualiti yang baik.

Lagi satu Mr. Fiancee juga ingatkan Cik Shu, bersederhana berbelanja untuk majlis kahwin, agar tidak timbul riak dan mendapat keberkatan lebih dari Allah s.w.t. Insyaallah, cuba kawal nafsu berlebih2an Cik Shu.

warghhhhh... rasa nak nangis. Kuat kan lah hati cik Shu ini.

Wednesday, May 19, 2010

Warna tema majlis perkahwinan

Cik Shu diberi masa sehingga hujung minggu ni je untuk finalize warna tema kahwin. Keluarga cik shu cadang nak buat baju sedondon. Ni yang tengah pening ni. Actually dari dulu Cik Shu dah planning nak warna Merah dan Emas untuk wedding sebab warna merah nampak menyerlah dan time tu tak ramai yang guna warna merah untuk wedding. Tapi sekarang dah ramai la guna warna merah. Memang tabiat cik shu, kalau benda tu cik shu suka, bila tiba satu masa orang pun ramai yang suka, then cik shu akan jadi tak suka dengan benda tu. Bukan jemu ye, tapi cik shu rasa keunikannya sudah tiada.


Apa2pun cik shu tetap mahukan motif warna merah, cuma kombinasinya yang cik shu tengah fikirkan. Mengikut nasihat daripada designer2, pilihan warna mestilah tidak melebihi daripada 3 warna.

SIL, cadangkan warna Merah dan Putih, baru satu warna. Cik shu mahukan kombinasi lain tak termasuk warna putih, krim dan hitam. Majlis kahwin kawan baik cik shu bulan 3 yang lalu pun menggunakan warna merah putih.

Anak sedara cik shu yang juga merangkap pengapit mencadangkan Ungu dan Pink. Dua2 tu memang antara warna kegemaran Cik Shu, it's very sweet dan sebab itu cik shu rasa tak mau. Lagipun kalau cik shu guna warna tu, nanti dia kahwin, tak de pulak warna dia nak guna. sebab dia ada cakap dia nak guna warna tu. Nurul... berapa tahun lagi ko nak kahwin?


Untuk nikah nanti, Cik Shu akan guna warna Kuning dan Biru. Kuning adalah warna kegemaran Cik Shu jugak dan Biru adalah warna kegemaran Mr. Fiancee. Baju nikah kami adalah off white dengan sulaman2 warna kuning.

Masa majlis pertunangan, warna Hijau sudah digunakan dan dipadankandengan warna silver. Jadi Hijau tidak akan menjadi pilihan lagi buat kali ini. Tengok, betapa cik shu suka warna merah, sampai kat hantaran pun nak gak letak kaler merah walaupun tema warna hijau.

Antara warna2 yang bermain2 di fikiran Cik Shu ialah Merah, Light Blue, Purple, Orange. Cik Shu suka sesuatu yang menyerlah tapi romantik.

Merah + Purple (purple memang warna romantik)



Merah + Light Blue / Turquoise

Red + Orange
Purple + Turquoise

Ungu+ Kuning


Wahhh... Cik Shu suka semua kombinasi2 tu, tapi majlis Cik Shu cuma 1 hari je. Kalau la majlis Cik Shu berhari2, memang cik shu nak guna semua kaler2 tu.


Tolong fikirkan untuk Cik Shu.

Monday, May 17, 2010

Mesyuarat keluarga untuk kenduri nikah kahwin

Alhamdulillah, weekend lepas Cik Shu dan adik beradik berkumpul dan berbincang untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan kurang daripada 2 bulan daripada sekarang. Fuhh.... banyak nak kene buat, lepas ni tiap2 minggu cik shu kene turun naik kl-p.klang.

Sebelum ini, Cik Shu runsing sangat macam mana nak uruskan majlis ni, nak ketering ke masak sendiri?. Tu yang cik shu risau, sebab, makan2 ni yang menelan kos terbesar. Bajet cik shu tak la besar pun, seboleh2 nya cik Shu nak meminimumkan perbelanjaan. Cuba tanya, perempuan mana yang tak ada impian perkahwinan idaman? Cik Shu ada impian perkahwinan jugak, tapi cik shu bersyukur dengan apa yang ada, mungkin Allah tak nak bagi Cik Shu rezeki banyak2 masa ni sebab tak nak Cik Shu berlebih2an. Itu boleh mendatangkan riak.

Jadi, kami adik2 beradik memutuskan untuk masak sendiri bagi menjimatkan kos. Nasib baik aku ada abang ipar yang pandai masak dan memang biasa memasak untuk kenduri kahwin. Majlis bertandang anak sedara aku 2 tahun lepas pun dia yang masak. Alhamdulillah, habis lauk pauk. Habis 1 part. Jadi kami adik beradik telah membahagi2kan tugas;

Cik Shu - Kad Jemputan, Andaman + Pelamin, Photographer, Souvenir Tetamu (Kanak2 & Dewasa), Kek Kahwin
Emak - kompang, kumpulan Marhaban
Along - Runner, penyusun atucara majlis
Alang & Abang Lang - Makanan kenduri + Hidangan Pengantin
Abang & Kakak Ipar - Canopy
Apis - Sound system (sponsored)

Listed ni, perkara2 basic je. Buat masa ini, Cik shu hanya berdoa agar apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Sebuah majlis yang simple dan sempurna dan tidak berlebih2an. Bukan majlis besar2an yang cik shu harapkan. Cik Shu cuma ingin semua ahli2 keluarga cik shu gembira di hari besar nanti. Dan pastinya mereka mahu yang terbaik untuk majlis ini sebab majlis ini adalah majlis perkahwinan penutup dekat rumah itu.



Friday, May 14, 2010

Induction Day 17


Breakfast @ 8.45 am - Steamed Brokoli & Califlower + 1 keping Cheese + Patty daging (100% pure beef)



Dinner - Sup Ayam

Workout - Cross Trainer (15 mins) + Stretch and weigh exercise (15 mins).

Hmmm... lepas ni Cik Shu tak banyak update pasal diari diet sebab ape yang Cik Shu makan lebih kurang sama je hari2. Tapi kalau ada special menu, cik shu akan share denga u all k. Maybe lepas ni Cik Shu akan update pasal wedding preparation.

Pho Hoa, Tropicana City Mall

Cik Linda tak berapa sihat dan dia nak makan makanan bersup. Then, she decided to go to Pho Hua Restaurant. Ini kali ke-3 Cik Shu menjejakkan kaki di Pho Hoa. Kalau dah datang berkali2, maknanya sedap la tempat tuh.

Pho Hua merupakan Restoran Vietnam dan daripada pengetahuan saya, "Pho" bermaksud mee dan "Hua" membawa maksud Harmoni. Jadi, jelas dan nyata, Pho Hua menawarkan makanan berasaskan mee. Kebanyakan orang yang Cik Shu nampak, mereka akan order mee sup. Dan sebelum2 ni pun Cik Shu memang order mee sup je. Sedap... Mee tu, bukan mee kuning tu tau tapi mee putih. Ha... ape mee putih tu? pk la sendirik. Tapi selain tu, nasi dan makanan2 tanpa sup juga disediakan. So, sape2 yang yang tahu makan vietnam macam mana, mesti tau betapa sedapnya daging kat dalam sup tu. Kalau tak makan daging, ayam pun ada.

So, kat belakang menu tu ada panduan kepada bahan2 bagi menu yang dipilih baik dari segi pemilihan mee, herba-herba dan bahagian2 daging.


Egg Cakes dihidangkan bersama sos ikan. Kene makan dengan sos sebab rasanya tawar. Makanan ni rasanya pelik skit, sebab kat menu dinyatakan ia dibuat daripada ayam, tapi bila makan rasa ikan.

Memang rasa serai bila gigit ayam tu.

Cik Linda order "Pho Tai Nam" a.k.a Steak Flank Pho. Hidangan ini akan didatangin dengan cili potong, daun basil, daun ketumbar dan taugeh. Sebelum makan masukkan semua bahan2 kat dalam piring, kemudian perah hirisan limau. Hmmm.. baru umphh.. makan panas2.
Memandangkan Cik Shu tengah beratkins, maka Cik Shu order chicken salad. Kerapok tu Cik Shu tak makan k.
Dessert pun ada disediakan, dan dessert yang disediakan memang lazat2 belaka. Tapi kali ini kitaorang tak order.

Beef Patties First Pride 100% pure beef

Bagi sesiapa yang sedang ber'atkins' tetapi nak memvariasikan menu, mungkin boleh cuba daging burger ni. Setakat yang Cik Shu survey, patty ni yang paling rendah carbs, cuma 0.56g bagi setiap hidangan.

Rasanya macam daging McD, tak bermiyak. Sebelum ni, cik shu biasa makan daging jenama Ramly, bila masak atas pan, berduyun2 minyak keluar. Lagi pulak, patty ni adalah 100% pure beef, maknanya tiada bahan2 tambahan dalam proses pembuatannya.

Jangan ragu2 kerana produk ini mendapat pengiktirafan pensijilan HALAL daripada jakim (klik di sini).

Cik shu beli ni kat Giant Hypermarket dengan harga RM 5++. Dalam setiap pek ada 4 keping.

Cik Shu suka beli patty daging ni buat stok kat dalam fridge. Senang bila ada stok 'frozen food' sebab ia mudah disediakan. Especially time dinner, bila balik lewat dan tak sempat nak masak.


Thursday, May 13, 2010

Induction Day 14, 15, 16

I'm back on track, buat atkins balik.

Day 14
Breakfast - Salad Tuna + Cheese 1 keping

Lunch - Ikan 2 keping + Sayur2an
Workout - 30 minutes on treadmill, that's it.

Day 15
Breakfast - Telur rebus 2 biji (putih sahaja) + Timun + Tomato
Lunch - Ikan Bakar + Tauhu masak sambal + Sayur2an
Dinner - Tom Yam ayam + Telur Dadar.
Workout - 20 minutes Cross Trainer + 20 minutes senaman otot.

Day 16
Breakfast - Sayur Campur + Telur hancur 1 biji + Tomato 1 biji
Lunch - Sayur campur + grilled chicken + telur hancur 1 biji
Dinner - Chicken kebab + Chicken tikka + grilled lamb + grilled beef

Hari ke -16 ni tak buat workout, sebab hari ni nak tengok "Adamaya" episod akhir. Dan hari ini jugak adalah birthday mr. fiancee. Cik Shu tak bagi ape2 hadiah pun, tapi cik shu belanja makan kat restoran arab kat Jalan Ampang.

Minggu ni tak berani nak timbang berat. Takut kecewa sebab makan tak follow rules hujung minggu lepas. Setakat ni berat tak banyak turun, tapi jeans cik Shu sekarang sangat 'loose'.

Monday, May 10, 2010

Induction Day 11, 12, 13

Oh... dah lama Cik Shu tak update. Sibuk dengan urusan pernikahan + laptop buat hal. bila on wireless je keluar blue screen. Dah lama tak update ni, macam mana dengan Cik Shu punya diet? Hehehe... actually, last weekend Cik Shu balik hometown di port klang. Warghhhhhh.... Cik Shu dah buat dosa. Harus bagi hukuman.

Day 11 - Sabtu
Breakfast - Telur goreng (1 biji) + Tomato
Lunch - Ayam masak rempah + Daging goreng rempah + Timun + Air Limau tanpa gula
Dinner - Kerabu taugeh + Daging Bakar +

Day 12 - Ahad (out of plan)
Breakfast - Air nescafe setengah cawan + mee maggi beberapa sudu + Roti canai secubit.
Lunch - Nasi minyak (skit je) + Lauk2 kenduri + Bubur Kacang (sikit je)
Dinner - Ayam masak merah 1 ketul + Beef patty burger king + fries

Day 13 - Isnin (out of plan)
Breakfast - Air nescafe setengah cawan + Sate ayam beberapa cucuk + Kuah kacang 1 sudu
Lunch - Mee Bandung + 1 gelas air limau tanpa gula + Donut
Dinner - Black papper sosej + Nescafe ice 1 gelas

Senarai kat atas tu apa yang Cik Shu ingat la, ada la ntah ape2 yang Cik Shu makan. Dan sepanjang 3 hari ini tiada sebarang workout yang dilakukan (nak kene denda Cik Shu ni). Ni la masalahnya kalau balik hometown. Diet tak teratur. Lepas ni tiap2 minggu Cik Shu kene balik hometown sebab nak uruskan persediaan hari pernikahan. Sedih bila mengenang diet sepanjang hujung minggu lepas.


Friday, May 7, 2010

Backofen, Desa Sri Hartamas

Sudah kebiasaan, lunch hour hari Jumaat kami suka berjalan2 cari makan dan sasaran kali ini adalah di Backofen, Desa Sri Hartamas. Diaorang ni semua dah pernah gi sini, Cik Shu je yang baru hari ni nak sampai.


Backofen means Baking Oven in German dan Cik Shu difahamkan, pemilik asal restoran ini adalah orang Austria tetapi perniagaan ini telah dijual kepada penduduk tempatan. Sebaik melangkah masuk ke dalam restoran ini, Cik Shu nampak mini bakery. Fuhhh... memang tergoda sebab Cik Shu tengah craving for bread but it's no no no food at the moment. Bukan setakat roti je yang ada, kek pun ada.

Menu yang disajikan adalah western type food. Memandangkan time kitaorang sampai tu adalah lunch hour, Backofen ada menawarkan hidangan set hanya pada RM13. Bagi Cik Shu, harga itu adalah berbaloi sebab ia adalah termasuk Soup of the day served with a slice of bread, main course dan drinks. Tapi piliha untuk main course cuma grilled fillet dan chicken chop. Manakala, minuman pula boleh pilih teh atau kopi tak kira sejauk mahupun panas.

Cik Shu minum hot tea tapi guna non sugar sweetener k!

First time makan cauliflower soup dan Cik Shu suka. Roti tu cik shu makan secubit je, sebab teringin sangat nak makan roti.
Soup of the day

Sue order for this one, mushroom sos nye pekat, i loike, Yummy!.
Chicken chop with mushroom sauce.

Cik Shu dan linda order for this one. The taste of the food was very nice which i love it. Satu perkara yang tidak menggembirakan cik shu, dalam menu, dinyatakan this main course will be served with vegetable salad. Tapi bila sampai ke meja hanya la mix vegetable. Bug telah berlaku di sini ye sebab tak sama dengan Expected Result.

Grilled fillet with garlic sauce.

Juliet order Turkey Ham and Cheese Omelette. Even though this food falls in breakfast category, but it's still available for all day long.


Dah cukup makan dan kenyang perut, inilah hasilnya....


Crew2 jalan2 cari makan pada kali ini adalah.... jeng! jeng! jeng!

Linda (kiri atas), Juliet (kanan atas) Cik Shu (kiri bawah) dan Suhada (kanan bawah)


Induction Day 11

Hari ke-11 Atkins, tidak berapa berjaya, sebab Cik Shu langgar pantang. Tengok la ape yang Cik Shu makan nih.

Breakfast @ 8.40 am - Salad + 2 biji telur rebus (putih sahaja)

Lunch @ 12.45 pm - Grilled fish with Garlic sauce + Cauliflower soup + Hot tea ( guna 'non sugar sweetener)
Kentang goreng tu cik shu tak sentuh pun, mix vegetable pun tak sentuh tapi Cik shu dah langgar pantang sebab minum tea dan makan soup. Tea tu cik shu guna 'non sugar sweetener', harap boleh dimaafkan. Tapi cream soup tu mesti ada tepung, tu tak boleh dimaafkan. Lagi satu, Cik Shu ada makan secubit roti tu, teringin sangat nak makan roti. Cik Shu telankan saje la sebab dah 1 set kan.

Dinner @ 8.30 pm - Tom Yam Daging (kuah putih) + 1 biji telur dadar + sepinggan asparagus.

Workout - 30 mins berjalan dan berjogging di atas treadmill (2.5km) + 20 x abs crunch + 10 mins stretching exercise.

Workout yang sangat menyeronokkan dan kepuasan yang terasa nikmatnya. Mana taknya, semalam Cik Shu tak boleh nak workout sebab sakit belakang. Alhamdulillah, hari ni dah pulih sedikit, sakit2 ni tak boleh nak dimanja2kan, nanti lagi melarat. Lagi pun hari ni Cik Shu dah langgar pantang, harus la beri hukuman pada diri sendiri.

Thursday, May 6, 2010

Induction Day 10

Here we go for the 10th day of Induction.

Breakfast @ 8.40 am - Salad Tuna


Lunch @ 12.40 pm - Grilled dory fish + Sayur campur (Brokoli+cendawan+sayur daun hijau)

Dinner @ 8.30 pm - Tom Yam Ayam (Kuah Putih) + Telur dadar 1 biji

Workout - Berjalan atas treadmill selama 15 mins ( 1km) + 2 set Abs crunch (10 x setiap set).

Hari ni Cik Shu boleh nak aktif exercise sebab sakit belakang. Mungkin sebab semalam Cik Shu tak guna exercise mat masa buat aktiviti stretching.

Wednesday, May 5, 2010

Induction Day 9

Breakfast @ 8.45 am - Salad Tuna


Lunch @ 12.30 pm - Ikan Kembung masak asam + Sayur Kobis + Hati dan pedal masak kunyit


Dinner @ 8.30 - 2 biji telur hancur, digoreng dengan baby sawi, tomato, red capsicum dan batang celery.

Workout - Berjalan dan berjogging berselang seli atas treadmill selama 25 mins (2km) + Abs crunch (20 x) + Stretching exercise (10 mins)

Cik Shu rasa macam dah muak la asyik makan telur =(

Tuesday, May 4, 2010

Induction Day 8

Masuk minggu ke-2 buat Atkins, here we go:-

Breakfast @ 8.50 am - Salad + 1/2 tb mayonise


Lunch @ 1.15 pm - Sambal Sardin + Brokoli, Cendawan & Sayur daun hijau.


Dinner @ 8.30 pm - Rib's Steak Black Paper dari Restoran Kapal Kampung Baru

Roti dan kentang tu tak makan tau... no..no..no...

Workout - Berjalan dan berjogging serta mendaki bukit di atas treadmill selama 25 mins + Exercise ringan 10 mins.