Hari ke-11 Atkins, tidak berapa berjaya, sebab Cik Shu langgar pantang. Tengok la ape yang Cik Shu makan nih.
Breakfast @ 8.40 am - Salad + 2 biji telur rebus (putih sahaja)
Lunch @ 12.45 pm - Grilled fish with Garlic sauce + Cauliflower soup + Hot tea ( guna 'non sugar sweetener)
Kentang goreng tu cik shu tak sentuh pun, mix vegetable pun tak sentuh tapi Cik shu dah langgar pantang sebab minum tea dan makan soup. Tea tu cik shu guna 'non sugar sweetener', harap boleh dimaafkan. Tapi cream soup tu mesti ada tepung, tu tak boleh dimaafkan. Lagi satu, Cik Shu ada makan secubit roti tu, teringin sangat nak makan roti. Cik Shu telankan saje la sebab dah 1 set kan.
Dinner @ 8.30 pm - Tom Yam Daging (kuah putih) + 1 biji telur dadar + sepinggan asparagus.
Workout - 30 mins berjalan dan berjogging di atas treadmill (2.5km) + 20 x abs crunch + 10 mins stretching exercise.
Workout yang sangat menyeronokkan dan kepuasan yang terasa nikmatnya. Mana taknya, semalam Cik Shu tak boleh nak workout sebab sakit belakang. Alhamdulillah, hari ni dah pulih sedikit, sakit2 ni tak boleh nak dimanja2kan, nanti lagi melarat. Lagi pun hari ni Cik Shu dah langgar pantang, harus la beri hukuman pada diri sendiri.
Erpsss... all menus nampak amat LAZAT!
ReplyDeleteTerasa lapar sgt sekarang.. Nafsukah itu..?
Salam perkenalan, kalau berkelapangan jemput ke blog sha yea.. sha dlm usaha menguruskan badan.. Pls share motivation and pray for me ya... Thanks