Disclaimer

All personal images and contents on this page are copyrighted and the sole property of shustory.blogspot.com. No one is given permission to use any images from this blog without my written permission.

Saturday, May 22, 2010

Hunting for Mak Andam

Owhhhhh hari ni Cik shu akan marataon dari butik kebutik. Ada 4 butik yang cik shu nak serbu disekitar klang. Butik2 ni cik shu dah survey melalui blog, make up ok, koleksi baju yg baru2 pun banyak. Yang paling penting, harganya sangat berpatutan. Pakej andaman dan fotografi boleh dapat bawah 3k ok. Later, cik shu akan buat review untuk butik2 yang cik shu lawat yer. Mr. Fiancee dah warning awal2 suruh pesan kat mak andam jangan make up cik shu terlalu tebal sampai dia tak kenal cik shu. uhh.... tak boleh la cik shu nak vogue lebey skit.

Mr fiancee agak cerewet gak. Ni lagi satu yang buat cik shu pening kepala. Ada beberapa warna yang dia tak pakai masa hari bersanding, yang mana kenbanyakan warna2 itu adalah pilihan Cik Shu, Merah, Pink, Dark Purple, Gold, Kuning. So, ape aje pilihan warna yang ada?

Hari ni jugak la cik shu baru nak tempah kad di sini. Semuanya dari kelang. Cik shu tak nak jauh2, ape2 hal senang nak adjust. Banyak pengalaman kawan2 cik shu yang cari vendor jauh2 dan vendor2 yang HOT menghadapi banyak masalah. Kalau yang Hot tu tau2 je la, permintaan untuk mereka sangat tinggi, sampai kan timing pun nak ikut timing diaorang. Padahal kita yang nak kahwin ni. Yang jauh2 plak, ade je yang tertinggal, bila dah jauh takkan lah nak patah balik pulak kan.

Cik Shu tak nafikan sesiapapun nak the best for their wedding tapi untuk berbelanja, biarla ukur di badan sendiri. Kalau bajet sikit macam cik shu ni, kene kerja keras la untuk survey tempat2 yang murah tapi mampu beri perkhidmatan dan kualiti yang baik.

Lagi satu Mr. Fiancee juga ingatkan Cik Shu, bersederhana berbelanja untuk majlis kahwin, agar tidak timbul riak dan mendapat keberkatan lebih dari Allah s.w.t. Insyaallah, cuba kawal nafsu berlebih2an Cik Shu.

warghhhhh... rasa nak nangis. Kuat kan lah hati cik Shu ini.

1 comment:

  1. nasihat ur fiance tu cik shue...itulah yg mia nak lani...mia x berani target besar2x wp keinginan besar ..sedih tgk org lain buat majlis dgn penuh persiapan yg begitu ups la..

    mia buat ala kadar je..x mampu la. yg ptg dlm cabaran bertunang dh lama ni, ijab kabul je di ingatan saat ni..lain2x biasa pun xpe.

    pepun gd luck utk cik shue ye...ada duit lebih leh buat lebih2x..don;t worry la..

    ReplyDelete