Bagi memenuhi permintaan rakan2, saya upload gambar2 masa hari pernikahan minggu lepas. Kualiti gambar tidak berapa baik kerana menggunakan compact digi cam dan kalau you all perasan kebanyakan mata didalam gambar yang diambil tidak melihat ke arah kamera kerana mata2 itu sedang memandang ke arah kamera kak Yatt ( jurufoto rasmi). Harap maklum.
bersedia untuk bergerak ke pejabat agama
di sinilah majlis berlangsung
bergambar sebelum bernikah
Semasa upacara pembatalan air sembahyang
Rakan-rakan yang menjadi wakil pihak lelaki
Majlis pernikahan ini dibuat secara tertutup dan hanya disertai oleh kaum keluarga dan kenalan rapat. Hari ini adalah hari yang sangat penting dan aku mahu setiap hari keluarga aku menjadi saksi pada hari yang penuh bersejarah ini. Cuma Angah tak dapat hadir kerana memandangkan hari pernikahan ini adalah hari bekerja. Aku faham, anak2 dia ramai yang masih bersekolah.
Terima kasih buat keluarga yang banyak berkorban dan memberi kasih sayang yang tak berbelah bahagi buatku. Lebih2 lagi buat emak, walaupun anakmak sudah bersuami, insyaallah anakmak akan pastikan menjalankan tanggungjawab anakmak sama seperti sebelum ini.
Eh, laaa... dah boleh panggil Puan Shu ke? Dah nikah ke ni? Cuba story sikit sis!
ReplyDeleteYanie, "Cik" hanya kata ganti nama dalam blog je, realitinya dah jadi puan. Dah nikah, tapi life macam single lagi, bz dengan preparation wedding reception. Follow up kalau nak tau story ya ;)
ReplyDeletewaaa...biler tengok orang nikah... i puLak yang neves Lebih...anyway..u kLang kat maner ek...?
ReplyDelete@ty_farEd, biasalah, nerves tu memang ada tapi lega yang tak tergambar bila sudah sah akad. Hometown shu kat Bandar Sultan suleiman, port klang.
ReplyDelete