Memandangkan hantaran semua dah naik masa pertunangan dulu. Jadi untuk nikah ni hanya mas kahwin dan barang pembatalan air sembahyang sahaja yang menyusul. Seperti gubahan hantaran masa tunang dulu, untuk kali ini aku dan SIL yang menggubah bersama2. Kitaorang ni tak la pandai nak mengubah, tapi kalau ada contoh, cari je la barang then ikut la macam gubahan contoh.
Sekarang ni, kalau nak upah orang gubahje sedulang dah 70 lebih. Kalau buat sendiri tu, boleh la jimat sikit. Walaupun ambil banyak masa, sebab nak cari barang dan mengubanya sendiri, tapi puas hati tengok hasil air tangan sendiri walaupun tak lawa mana.
Dari pihak aku, hanya 1 dulang sahaja iaitu Cincin Silver berbatu Ruby. Dan berbesar hati untuk suami tercinta, telah Cik Su gubah dulang itu dengan penuh kasih sayang. Untuk dia, Cik Shu guna gabungan warna Ungu dan Kuning. Why? sebabnya, ungu adalah antara warna kegemaran Cik Shu.
Untuk hantaran daripada pihak Mr. Fiance, SIL yang tolong gubahkan. Since, dia tak de family kat sini, jadiaku la yang tolong arrange kan. Dah nak jadi suami, takkan nak berkira kot. Gabungan warna Biru dan Merah Jambu telah digunakan.
Untuk kedua2 gubahan ini, konsep "Bunga2 dalam Taman" telah digunakan. Nampak tak dulang2 tu dipenuhi bunga2an? Hnatam je la labu. Asalkan ada rupa hantaran, kira orait la tuh. Seronok buat kerja2 macam tu, sampai aku dengan SIL berkira2 untuk join bengkel gubahan untuk asah bakat terpendam ni. Boleh ke?
taniah,shu,..
ReplyDeletedah selamat semuanya,semoga berbahagia ke akhir hayat.amin.
terima kasih, amin... moga termakbul la doa tu. Yang wajib dah selesai, sekarang tengah uruskan Walimatul Urus, 4/7. Jemput datang ye. Kalau nak kad, bagi alamat.
ReplyDelete